- Lain-lain
China Komited Perkasakan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN
China komited bersama-sama negara ASEAN termasuk Laos untuk memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.
Demikian kata Menteri Luar China Wang Yi ketika mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Thongsavanh Phomvihane di Beijing pada Khamis.
Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, China bersedia untuk mengukuhkan pertukaran antara parti dan negara kedua-dua pihak di pelbagai peringkat, memperkasakan kerjasama praktikal dalam penguatkuasaan undang-undang dua hala dan pelbagai hala, serta membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan yang melibatkan penipuan telekomunikasi dan perjudian.
Manakala Thongsavanh pula berkata, pihaknya berpegang teguh kepada dasar Satu-China dan menyokong pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan serta Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang dikemukakan Presiden China Xi Jinping.
Selain itu, Laos juga bersedia bekerjasama dengan China untuk melaksanakan pelan tindakan baharu mengenai komuniti berkongsi nasib Laos-China, dan menggalakkan Kereta Api Laos-China supaya dapat memberi pulangan ekonomi yang lebih besar.
- China Sokong Usaha Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN
- Pegawai Kanan China, ASEAN Berhimpun di Ningbo Sempena Sesi Rundingan China-ASEAN
- China Ikrar Bersama ASEAN Perangi Jenayah Penipuan Telekomunikasi
- Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-14 di Laos
- ADMM-Plus ke-11 Berlangsung di Vientiane
- PM Li Tekankan Lagi "Lima Prinsip Hidup Secara Damai" di Vientiane
- Perkongsian Produktif ASEAN-China Jadi Model Hubungan Antarabangsa
- Kerjasama China-Brunei: Raikan Kejayaan Lalu, Buka Lembaran Baharu
- Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN Diadakan di Vientiane
- China Puji Pendirian Positif PM Malaysia untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala