Martabatkan Undang-Undang Anti-Pemisahan Negara - Zhao Leji

(CRI)Isnin 17 Mac 2025

Perlunya memartabatkan peranan Undang-undang Anti-pemisahan Negara, membanteras kuasa pembelot "Kemerdekaan Taiwan", menghalang campur tangan dari luar negara di samping terus mendorong usaha penyatuan semula tanah air.

Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China , Zhao Leji dalam majlis libat urus ulang tahun ke-20 Undang-Undang Anti-Pemisahan Negara yang diadakan di Beijing semalam.

Zhao yang juga Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menekankan bahawa sama sekali tidak berganjak dari mendorong proses penyatuan semula tahun air, dan mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah merupakan aspirasi bersama bangsa China. Hendaklah mempergiat kerjasama dan interaksi sesama kedua-dua pantai Selat Taiwan demi kesejahteraan seluruh anak China yang berkekalan, dan memperjuangkan matlamat membentuk komuniti bangsa China dalam bidang kebudayaan warisan.

Video

Berita Berkaitan