- Lain-lain
China Bertindak Sebagai ‘Pemboleh’, Bentuk Kestabilan Global
Dalam era ketidaktentuan geopolitik, dasar China yang tidak goyah semakin dilihat sebagai peneraju kepada kestabilan. ‘Dua Sesi’ yang melaburkan tirainya baru-baru ini telah dianggap oleh pemerhati antarabangsa sebagai pengimbang kepada pergolakan global.
China memainkan peranannya sebagai pengantara diplomatik, dengan lebih cenderung kepada dialog berbanding perbalahan. Ia secara konsisten mengajak kepada keamanan dan dialog; berpendirian tidak berat sebelah dan berhati-hati dalam konflik seperti krisis Ukraine dan konflik Palestin-Israel.
Semasa ‘Dua Sesi’, akhbar harian, Pakistan Observer dalam artikelnya telah menyatakan bahawa banyak negara membangun telah memuji pimpinan China dalam melawan pemikiran perlindungan serta mempromosi tertib ekonomi dunia yang lebih saksama dan baharu.
Keazaman China untuk memastikan kestabilan ekonominya adalah jelas. Pada 2024, ekonomi China bertumbuh sebanyak 5 peratus dari tahun ke tahun, menyumbang sekitar 30 peratus daripada pertumbuhan ekonomi global, sambil mengekalkan status rakan dagang utama kepada lebih daripada 150 negara dan wilayah.
Melihat ke hadapan, China telah meletakkan sasaran pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada tahun ini, sekali gus menekankan komitmennya untuk mengekalkan kerjasama ekonomi antarabangsa.
Dengan kemajuan pemodenan China yang semakin berterusan, model pembangunannya juga semakin dilihat sebagai titik rujukan buat pelbagai negara membangun. Malah, trend tersebut turut memperlihatkan usaha negara-negara Selatan Global dalam mengejar pemodenan.
Di sebalik bidang ekonomi, China juga gigih mempromosi supaya rakyat dunia untuk saling mempelajari perbezaan tamadun. Dengan menekankan kerjasama dan saling memahami, China menyeru kepada dialog untuk menyelesaikan pertikaian dan menggalakkan perpaduan untuk menolak perpecahan.
Kesemua langkah tersebut secara tidak langsung mencerminkan keyakinan China dalam menangani cabaran global yang memerlukan strategi praktikal dan memupuk sifat muhibah antarabangsa. Ia juga jelas dapat dilihat menerusi Inisiatif Tamadun Global yang dianjurkan China untuk mempromosi pertukaran budaya dan saling mempelajari di serata dunia.
Menurut Kaji Selidik Global Imej Kebangsaan China 2024 yang dilaksanakan oleh Akademi Kontemporari China dan Kajian Dunia di 30 negara utama, pihak antarabangsa yang lebih memihak kepada China telah mencapai tahap tertinggi dalam satu dekad, mencerminkan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap peranan penstabilannya di pentas dunia.
Tahun 2025 akan menjadi penting bagi kedua-dua China dan dunia, iaitu satu detik penting yang menghubungkan pencapaian masa lalu dengan kemajuan masa depan.
Lapan puluh tahun yang lalu, China adalah kuasa utama dalam perjuangan global menentang pemahaman fasis, menanggung pengorbanan yang besar dan mengekalkan warisan dalam perjuangan untuk keamanan dan keadilan.
Hari ini, pendekatan mantap China terus membentuk kestabilan global. Sebagai ‘pemboleh’, ia mahu menggalakkan keamanan dunia, memacu pembangunan global, dan mempertahankan ketertiban antarabangsa.
Melalui inisiatif seperti Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Tamadun Global, ia pula mahu memupuk kerjasama antarabangsa dan membina komuniti berkongsi masa depan bersama.
- Setiausaha Agung PBB Seru Dunia Bekerjasama Wujudkan Permulaan Baharu
- Tinjauan CGTN: Diplomasi China Suntik Kestabilan Buat Dunia
- Guterres Gesa Keamanan Wujud di Kawasan Berkonflik
- Bina Bumi Keluarga Besar yang Harmoni: Xi
- Presiden Xi Akan Hadir Persidangan Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai
- China akan kekal Sebagai Kuasa Keamanan, Kestabilan dan Kemajuan Dunia
- China Komited Jadi Tenaga Penstabil: Wang Yi
- Forum Kedamaian dan Persahabatan Basi Diadakan di Sichuan
- China Seru Galak Kedamaian Menerusi Pembangunan Bersama
- China Sokong Segala Usaha Redakan Konflik, Galakkan Perdamaian