Industri Luosifen Berkembang Mekar, Pacu Kemakmuran di Guangxi

Industri Luosifen Berkembang Mekar, Pacu Kemakmuran di Guangxi
Foto memperlihatkan semangkuk Luosifen, atau mi beras siput sungai, makanan jalanan istimewa di bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Dalam tempoh hanya sedekad sahaja, Liuzhou, bandar yang terletak di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China telah mentransformasi Luosifen, iaitu mi beras siput sungai, daripada satu hidangan jalanan tempatan kepada industri berkembang mekar yang memacu kemakmuran.

Hidangan istimewa jalanan itu telah berevolusi menjadi makanan kebangsaan yang digemari ramai, dengan hasil jualan tahunan yang dijana dalam keseluruhan rantai industri direkodkan sebanyak RMB70 bilion.

Anjakan yang menakjubkan tersebut telah menghubungkan elemen pertanian, pemprosesan, budaya dan pelancongan, sekali gus membuka laluan dalam menghidupkan semula luar bandar menerusi pembangunan berintegrasi industri primer, sekunder dan tertiari.

Kerajaan tempatan telah menyelaraskan pembangunan bahan-bahan mentah, pemprosesan dan penjualan Luosifen. Kini, bandar itu mempunyai empat kluster perindustrian utama, meliputi lebih daripada 120 perusahaan, secara tidak langsung mendorong pertumbuhan lebih 45 perusahaan terkemuka dan 180 perniagaan sampingan.

Foto memperlihatkan pangkalan penternakan siput sungai, iaitu salah satu ramuan mi beras siput sungai. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)
Foto menunjukkan kilang pemprosesan rebung, iaitu salah satu ramuan mi beras siput sungai. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)
Orang ramai sedang beratur di sebuah gerai yang menjual mi beras siput sungai di kota purba Yaobu, bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)
Foto memperlihatkan kilang pemprosesan mi beras siput sungai. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)
Foto semangkuk Luosifen. (Foto ihsan biro perdagangan Liuzhou)

Video

Berita Berkaitan