- Lain-lain
Xi Mahu Guizhou Kekalkan Pembangunan Berkualiti Tinggi
Provinsi Guizhou perlu meneruskan usaha ke arah mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi, di samping menjana pertumbuhan menerusi pemerkasaan pembaharuan dan pintu terbuka secara komprehensif.
Penekanan itu dibuat oleh Presiden China Xi Jinping semasa tinjauan selama dua hari ke provinsi Guizhou bermula Isnin.
Beliau mahu Guizhou melipatgandakan usaha inovasi bagi memacu pembangunan sambil mempercepat transformasi dan penaiktarafan industri tradisional.
Provinsi itu juga hendaklah giat mengembangkan industri memuncul yang bersifat strategik serta memacu sektor ekonomi digital dan tenaga baharu.
Xi turut menekankan perlunya Guizhou melindungi alam sekitar dengan baik dan mengoptimumkan kelebihan ekologi untuk menjana pembangunan.
Beliau berkata kedinamikan pembangunan sesebuah tempat adalah berkaitan rapat dengan iklim perniagaannya.
Justeru Guizhou perlu aktif mengintegrasikan diri ke dalam pembinaan pasaran domestik yang bersatu dan berusaha mewujudkan iklim perniagaan yang mantap, adil, telus dan boleh diramal.
Semasa tinjauan itu, Xi telah melawat kampung Zhaoxing yang didiami etnik Dong di daerah Qiandongnan serta bandar Guiyang.
- Xi Turun Padang, Lakukan Tinjauan di Guizhou
- Bunga Ceri Bermekaran di Guizhou
- Jambatan Tertinggi Dunia di Guizhou Hampir Siap
- 108 Pasukan Berentap Dalam Liga Super Kampung China 2025
- Guizhou, Tempat Pelajar dari Merata Dunia Asah Kemahiran Praktikal
- Wartawan Asing: Kebahagiaan di Komuniti Guiyang Sangat Tinggi
- Konsert Tepi Jalan Guiyang, Alunan Irama Hidup Bahagia
- Etnik Miao Raikan Festival Guzang dan Tahun Baharu Tradisional di Guizhou
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Ayuh Ikuti Lawatan Maya Jambatan Sungai Yachi