- Lain-lain
Lapangan Terbang Hab Semua Kargo Pertama Asia di Hubei Buka 38 Laluan Antarabangsa
Kru di lapangan terbang mengeluarkan kargo daripada pesawat kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Huahu Ezhou di Provinsi Hubei, tengah China pada 17 Julai 2022.
Lapangan Terbang Antarabangsa Huahu Ezhou menyambut ulang tahun pertamanya pada Rabu yang mendapat kelulusan untuk operasi antarabangsa, lapor agensi berita Global Times.
Sebagai lapangan terbang hab semua kargo pertama di Asia, ia telah melancarkan sejumlah 38 laluan kargo, menghubungkan lima benua menerusi jaringan logisitiknya yang semakin meluas.
Global Times yang memetik CCTV memberitahu bahawa sejak pelancarannya juga, lapangan terbang kargo di Provinsi Hubei, tengah China itu telah menghubungkan 42 destinasi di 28 negara dan wilayah di Eropah, Amerika, Asia dan Afrika, termasuk hab utama di negara Inisiatif Jalur dan Laluan.
Sehingga kini, lapangan terbang itu telah memproses 8,795 penerbangan kargo antarabangsa masuk dan keluar, serta mengendalikan 338,400 tan kargo import dan eksport.
Menurut wakil kastam tempatan, lapangan terbang itu mengendalikan pelbagai jenis kargo, termasuk barangan import-eksport am, surat, bungkusan ekspres dan penghantaran e-dagang rentas sempadan.
Turut difahamkan bahawa eksport utama lapangan terbang itu pada masa ini terdiri daripada barangan elektronik seperti komputer dan telefon pintar, serta barangan pengguna harian, manakala import utama ialah buah-buahan segar, makanan laut dan alat ganti kenderaan.
Pada 6 Mac 2025, SF Airlines melancarkan laluan kargo baharu yang menghubungkan Ezhou dengan Bangalore di India, sekali gus mengembangkan kesalinghubungan logistik dan perdagangan antara kedua-dua wilayah, lapor agensi berita Xinhua.
Pada 19 Mac 2024, Majlis Negara telah meluluskan operasi antarabangsa lapangan terbang itu, secara tidak langsung menjadikan ia pelabuhan penerbangan keempat di Hubei yang menyediakan perkhidmatan antarabangsa, di samping menjadi lapangan terbang hab semua kargo di China.
Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), Pentadbiran Imigresen Kebangsaan dan Pentadbiran Am Kastam pada Februari telah mengeluarkan satu gari panduan, yang membentangkan pelan China untuk mengembangkan laluan kargo antarabangsa, menghubungkan hab penerbangan utama di Beijing, Shanghai dan Guangzhou, selain memperkukuh peranan Enzhou sebagai hab kargo istimewa.
Memetik garis panduan itu lagi, syarikat penerbangan digalakkan untuk mempertingkat kapasiti khusus kargo, memperkenal lebih banyak penerbangan semua kargo secara kerap, dan menambah baik ketersambungan kargo udara global.
Data CAAC menunjukkan bahawa China telah mengendalikan 8.98 juta tan kargo dan surat pada 2024, dengan kenaikan tahun ke tahun sebanyak 22.1 peratus, serta peningkatan sebanyak 19.3 peratus berbanding 2019.
- TBC: Hantaran Kargo Rel Catat Lebih 75 Juta Tan
- Tren Kargo Khas Hantar Kereta China ke Negara Asia Tengah
- Laluan Penerbangan Kargo Urumqi-Katowice Beroperasi
- Penerbangan Pengangkutan Kargo Urumqi-Barat Daya England Beroperasi
- Import Eksport Perdagangan Kargo China Tingkat 1.2%
- Jumlah Hantaran Perkhidmatan Kurier China Cecah 120 Bilion
- Pelabuhan China Catat Truput Kontena Tertinggi
- Pengangkutan Kargo Jalan Raya Bahagian Barat China Naik Sekali Ganda
- Terminal Kargo Timur Lapangan Terbang Hangzhou Mula Operasi