Trump Tutup Jabatan Pendidikan AS

(CRI)Khamis 20 Mac 2025

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka akan menandatangani perintah eksekutif untuk menutup Jabatan Pendidikan pada Khamis, menurut pegawai kanan kerajaan negara itu.

Menurut Rumah Putih, Trump akan mengarahkan Setiausaha Pendidikan Linda McMahon untuk mengambil "sebarang tindakan yang perlu" bagi mempercepat penutupan Jabatan Pendidikan dan mengembalikan kuasa pendidikan kepada negeri-negeri.

Presiden Universiti California pada Rabu berkata, pihaknya telah membeku pengambilan kakitangan di samping membuat pemotongan bagi mengurangkan impak daripada pengurangan dana besar-besaran oleh persekutuan.

Pada hari sama, Rumah Putih memaklumkan kerajaan Trump telah menggantung pembiayaan dana berjumlah USD175 juta kepada universiti tersebut.

Video

Berita Berkaitan