- Lain-lain
"Jiran Dekat Lebih Mesra Berbanding Saudara Jauh" - Wang Yi
Kerjasama antara China, Jepun dan Korea Selatan bermula sejak awal lagi, membuahkan banyak hasil dan berpotensi besar, dan ini memainkan peranan penting untuk mendorong kerjasama saling menguntungkan antara ketiga-tiga negara berkenaan.
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Menteri Luar China Wang Yi berkata demikian semasa Perdana Menteri Jepun Ishiba Shigeru menerima kunjungan bersama menteri luar China, Jepun dan Korea Selatan di Tokyo, pada Jumaat.
Wang berkata pihaknya memberikan perhatian tinggi tentang kerjasama antara ketiga-tiga negara tersebut dan berkeyakinan tentang prospek kerjasama.
Wang Yi berkata, terdapat pepatah di ketiga-tiga negara yang mempunyai erti sama iaitu "Jiran dekat lebih mesra berbanding saudara jauh." Pepatah yang bijak itu menunjukkan signifikan realistik kerjasama antara ketiga-tiga negara jiran ini untuk menghadapi situasi dunia yang kurang stabil dan pasti.
"Hubungan baik antara China, Jepun dan Korea Selatan akan meningkatkan jaminan bagi kedamaian dan kestabilan serantau. Sementara itu, kerjasama kukuh pula akan membolehkan negara-negara serantau menghadapi pelbagai cabaran luar dengan lebih baik," kata Wang.
Beliau mengatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Melawan Penceroboh Jepun dan Perang Anti-Fasis Sedunia.
"Hanyalah memandang sejarah dengan sikap betul, barulah kita dapat membina masa depan yang baik," ujar Wang.
Jepun dan Korea Selatan diharap bersama China membina pandangan yang betul tentang Perang Dunia Kedua, mempertahankan konsep multilateral, memelihara kedudukan teras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mendorong kerjasama antara ketiga-tiga negara ini, dan memberikan sumbangan masing-masing demi kedamaian dan kemakmuran serantau dan dunia.