PM Li Bertemu Delegasi Gabungan Parti Pemerintah Jepun

(CRI)Khamis 16 Januari 2025

China dan Jepun diharap terus berganding bahu untuk meningkatkan rasa saling percaya, memperkukuh kerjasama, mengurus perbezaan pendapat dan mewujudkan hubungan bilateral yang sihat dan stabil.

Demikian disuarakan Perdana Menteri Li Qiang semasa pertemuan dengan delegasi gabungan parti pemerintah Jepun yang diketuai Setiausaha Agung Parti Demokratik Liberal (LDP) Hiroshi Moriyama dan Setiausaha Agung Parti Komeito, Makoto Nishida di Beijing pada Rabu.

Li berkata penyambungan semula mekanisme pertukaran parti pemerintah selepas hampir tujuh tahun merupakan langkah penting dalam melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara.

China dan Jepun merupakan negara jiran dan harus menjaga hubungan tersebut sebaiknya, ujar beliau.

Sementara itu, wakil Jepun meluahkan harapan mereka agar kedua-dua pihak dapat melaksanakan pertukaran lawatan dan komunikasi di setiap peringkat melibatkan segenap aspek pada tahun ini.

Video

Berita Berkaitan