- Lain-lain
Wang Yi Berucap pada Forum Beijing-Tokyo ke-20
Forum Beijing-Toyko ke-20 dirasmikan di Tokyo, Jepun pada Rabu. Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Ketua Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar PKC, Wang Yi menyampaikan ucapan menerusi video.
Wang berkata, China dan Jepun harus berpandukan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara bagi mendorong hubungan dua hala berkembang ke hadapan dengan mantap.
Beliau berharap Jepun memandang pembangunan China dengan objektif dan rasional, memajukan hubungan strategik yang saling menguntungkan secara menyeluruh, serta bertindak secara praktikal dalam pelaksanaan konsensus penting antara kedua-dua negara iaitu menjadi rakan kongsi dan bukannya ancaman.
Sementara itu, Wang menegaskan bahawa hanya dengan menepati janji dalam isu-isu sensitif seperti isu sejarah dan Taiwan, barulah kedua-dua negara ini dapat mengekalkan asas politik hubungan dua hala kekal utuh.
Selain itu, beliau menzahirkan harapan agar Jepun dapat menggerakkan pelaksanaan strategi keterbukaan yang saling untung dan sama menang, serta melindungi keamanan dan kestabilan serantau dan antarabangsa.
Ditubuhkan pada tahun 2005, Forum Beijing-Tokyo telah menjadi platform penting untuk pertukaran antara kalangan tokoh politik dan kalangan rakyat China-Jepun.
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Teroka Pasar Malam di Shenzhen
Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- China, Jepun Anjur Dialog Politik Peringkat Tinggi
- China, Jepun Setuju Tingkatkan Kerjasama Maritim
- Pembangunan China, Jepun Bukan Cabaran Sebaliknya Peluang - PM Li
- Menteri Luar China, Jepun Bincangkan Hubungan Dua Hala
- Xi Ucap Tahniah kepada PM Baharu Jepun
- Menteri Luar China, Jepun Bertemu
- Xi Bertemu dengan PM Jepun
- Presiden Xi Jinping Bakal Bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida
- China, Jepun Ikrar Baik Pulih Hubungan
- China, Jepun Bersedia Galakkan Perkembangan Hubungan Bilateral