- Lain-lain
Menteri Luar China, Jepun Adakan Rundingan
![]() |
Jepun diharap bersinergi dengan China untuk mendorong perkembangan hubungan dua hala secara sihat dan stabil mengikut landasan yang betul.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi semasa mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Takeshi Iwaya di Beijing pada Rabu.
Wang menyuarakan harapan supaya Jepun dapat berusaha bersama China bagi mengekalkan orientasi tepat hubungan strategik yang saling menguntungkan serta mematuhi konsensus bahawa dua negara merupakan rakan kongsi, bukan ancaman bagi satu sama lain.
Beliau turut mengemukakan cadangan mengenai usaha selanjutnya bagi memantapkan hubungan bilateral, antaranya termasuk menentukur persepsi strategik, memelihara kesalingpercayaan, mempergiat komunikasi dan dialog, mengekalkan kerjasama sama menang, memperkasa pertukaran sosiobudaya dan menangani percanggahan dengan baik.
Sementara itu, Iwaya berkata Jepun sudi meningkatkan kesalingpercayaan, koordinasi dan kolaborasi dengan China, menambah agenda positif dalam hubungan bilateral serta membina hubungan yang konstruktif dan mampan antara kedua-dua negara.
Kerjasama pragmatik antara Jepun dan China berpotensi besar, kata beliau sambil meluahkan harapan agar lebih banyak hasil kerjasama dapat diperoleh bagi memberi manfaat kepada rakyat dua negara.
- Wang Yi Berucap pada Forum Beijing-Tokyo ke-20
- China, Jepun Anjur Dialog Politik Peringkat Tinggi
- China, Jepun Setuju Tingkatkan Kerjasama Maritim
- Pembangunan China, Jepun Bukan Cabaran Sebaliknya Peluang - PM Li
- Menteri Luar China, Jepun Bincangkan Hubungan Dua Hala
- Xi Ucap Tahniah kepada PM Baharu Jepun
- Menteri Luar China, Jepun Bertemu
- Xi Bertemu dengan PM Jepun
- Presiden Xi Jinping Bakal Bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida
- China, Jepun Ikrar Baik Pulih Hubungan