- Lain-lain
Dialog Peringkat Tinggi Ekonomi China-Jepun Capai 20 Konsensus
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Menteri Luar China Wang Yi dan Menteri Luar Jepun Iwaya Takeshi mempengerusikan bersama dialog peringkat tinggi ekonomi China-Jepun ke-6 di Tokyo pada Sabtu. Dialog kali ini mencapai 20 konsensus yang penting.
Tentang isu pelepasan air sisa radioaktif dari loji Fukushima ke laut dan pengeksportan hasil laut Jepun ke China, pendirian China yang menentang Jepun bertindak secara sepihak untuk melepaskan air sisa radioaktif ke laut tidak berubah.
Kedua-dua pihak menegaskan untuk memahami konsensus yang dicapai pada 20 September 2024 secara lengkap, tepat dan menyeluruh, melaksanakan secara berterusan pemantauan antarabangsa jangka masa panjang dan pemantauan persampelan bebas China terhadap air sisa tersebut.
Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan perbincangan berkaitan pengeksportan hasil laut Jepun ke China sekiranya hasil pemantauan tidak menunjukkan petanda tidak normal.