CEO Siemens: China Ubah Sistem Operasi Ekonomi, Lancarkan 'Kuasa Produktif Berkualiti Baharu'

Pertumbuhan daripada teknologi tinggi, pertumbuhan dengan kecekapan yang lebih tinggi dan pertumbuhan berkualiti tinggi merupakan daya penggerak utama bagi transformasi ekonomi China, selari dengan tumpuan negara terhadap tenaga produktif berkualiti baharu.

Demikian tekan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Siemens AG, Roland Busch semasa menyampaikan ucaptama semasa majlis perasmian Forum Pembangunan China (CDF) 2025 di Beijing, pada Ahad.

“China sedang mengubah sistem operasi ekonominya untuk melancarkan kuasa produktif berkualiti baharu,” ujarnya ketika menterjemahkan laporan kerja kerajaan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Li Qiang pada sesi ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14.

Busch turut memuji kemajuan pesat China dalam kecerdasan buatan (AI), termasuk penemuan baharu seperti model asas sumber terbuka R1 oleh DeepSeek, yang dilihatnya jelas sebagai mengejutkan semua pihak dengan inovasinya.

“China kekal komited terhadap keterbukaan. Kerajaan sedang aktif bekerja untuk membina gelanggang yang sama rata dan dan persekitaran perniagaan yang lebih adil.

“Gangguan teknologi kini sedang berlaku dalam kadar kelajuan yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Sementara AI Pengguna mendapat nama, AI perindustrian pula akan membuat impaknya,” ujar CEO itu yang merujuk kepada pengaplikasian dalam kebingkasan, daya saing, dan kemampanan di seluruh sektor.

Dengan lebih 150 tahun pengoperasian di China, Siemens telah menjadi pemangkin kepada pemodenan perindustrian. Menurut Busch, dalam pelaburan tempatan Siemens, daripada 30,000 pekerja, 5,400 daripadanya bekerja dalam pembangunan dan penyelidikan.

Secara keseluruhannya, syarikat tersebut menyediakan sokongan buat lebih daripada 50,000 pelanggan di seluruh industri.

“Dengan teknologi kami, kita menyokong perjalanan mereka untuk menjadi juara dunia dan untuk mengembangkan jejak pembuatan mereka secara global,” kata Busch ketika mengulas lanjut.

Busch turut menonjolkan tentang Siemens Xcelerator, platform digital terbuka yang direka untuk memudahkan transformasi digital untuk ratusan ribu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) China.

“Siemens berada di sini untuk menyokong. Siemens berada di sini untuk kekal,” zahir Busch yang menegaskan tentang komitmen jangka panjang kepada ekosistem inovasi China.

Untuk menangani cabaran global seperti perubahan iklim dan ketidakstabilan rantaian bekalan, Busch juga menggesa perkongsian awam-swasta untuk membina ‘ekosistem yang berkuasa’.

“Jika kita bekerjasama, kita akan mencipta kehidupan yang lebih baik, kemakmuran bersama, dengan cara yang mampan,” katanya.

Video

Berita Berkaitan