- Lain-lain
Kerajaan Tempatan di China Bentang Projek Utama, Pupuk Pendorong Pertumbuhan Baharu
Seorang pekerja sedang memeriksa pengoperasian lengan robot di sebuah kilang di daerah Jiangdu, Yangzhou, Provinsi Jiangsu di timur China pada 9 Oktober 2024. Jiangdu pada tahun mutakhir ini telah melipatgandakan usaha mempromosi pembuatan atasan dengan teknologi baharu untuk mempermudah pemupukan tenaga produktif berkualiti baharu di kawasan itu. (Foto VCG)
Pelbagai kerajaan tempatan di China aktif mengumumkan projek-projek baharu dalam pelbagai sektor, khususnya yang berkaitan tenaga produktif berkualiti baharu, dalam usaha untuk memanfaatkan peluang memupuk pendorong pertumbuhan baharu, lapor agensi berita Global Times.
Memetik pekeliling yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Perbandaran Guangzhou pada Rabu, ibu kota Provinsi Guangdong itu telah mengumumkan sejumlah 905 projek utama dengan jumlah pelaburan sebanyak RMB365.7 bilion.
Difahamkan, banyak daripada projek tersebut melibatkan infrastruktur jenis baharu, industri baharu muncul yang strategik, industri pembuatan yang maju, serta industri kenderaan tenaga baharu dan pintar.
Di Provinsi Liaoning pula, kerajaan tempatan telah mengumumkan pelancaran serentak sebanyak 1,359 projek, dengan jumlah pelaburan bernilai lebih RMB350 bilion, dengan RMB110 bilion daripadanya akan dilaburkan pada tahun ini.
Daripada projek baharu tersebut, 486 daripadanya merupakan projek industri, sementara 202 pula adalah projek perkhidmatan, manakala 161 projek berkaitan dengan tenaga, dan 178 projek lagi terkait dengan ekonomi digital, penjagaan sosial dan perlindungan alam sekitar.
Lapor akhbar Economic Daily, sejak bermulanya awal tahun ini, Perbandaran Tianjin di utara China telah menggunakan kesempatan untuk memperkenalkan dasar peningkatan untuk mendorong kualiti projek utama, dengan projek industri termasuk inovasi teknologi, pembuatan maju dan perkhidmatan moden mencakupi sebanyak 44.42 peratus daripada pelan pelaburan tahunan bandar itu.
“Pembangunan tenaga produktif berkualiti baharu telah menjadi salah satu enjin bagi kestabilan pertumbuhan ekonomi, menyaksikan banyak kerajaan tempatan telah menambah pelaburan dalam bidang ini,” ujar Li Changan, profesor di Akademi Pengajian Ekonomi Terbuka China di Universiti Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa ketika diwawancara Global Times pada Rabu.
Beliau berkata, kesemua projek tersebut mampu menjana kesan pengganda yang signifikan, sekali gus mendorong pertumbuhan ekonomi dan memupuk pertumbuhan industri berkaitan secara berkesan.
Tambah profesor Li, dalam fasa kritikal terhadap penaiktarafan dan transformasi ekonomi, projek-projek utama kebiasaannya memfokuskan kepada industri baru muncul, dan akan berperanan penting dalam mempromosi pembangunan berkualiti tinggi dan mempermudah transformasi ekonomi.
Pada Isnin, Biro Statistik Kebangsaan memaklumkan bahawa dalam tempoh dua bulan pertama 2025, pelaburan aset tetap China telah mencapa RMB5.26 trilion, iaitu meningkat 4.1 peratus berbanding tahun terdahulu. Kadar pertumbuhan pada tempoh juga direkodkan sebanyak 0.9 mata peratusan lebih tinggi berbanding kadar setahun penuh pada 2024.
Pada tahun ini, Laporan Kerja Kerajaan telah memberi penekanan bahawa China akan memanfaatkan bon perbendaharaan istimewa jangka sangat panjang dengan sebaik mungkin, meningkatkan pinjaman jangka sangat panjang dan beberapa jenis bantuan pembiayaan, dan memperkuat organisasi atat-bawah, serta menyelaras bagi menjamin sokongan lebih baik terhadap pelaksanaan strategi kebangsaan yang utama dan jaminan kapsiti bangunan di kawasan utama.
Justeru kata Li, bagi menterjemah projek tersebut kepada produktivti sebenar, kemajuan pembinaan akan dipercepatkan, untuk memastikan pengoperasian projek terdahulu.
- Ekonomi China Catat Permulaan Mantap
- Ekonomi China Tunjuk Trend Positif
- Memacu Pembangunan GLC dan Syarikat Swasta - Xi
- Daya Tahan Ekonomi China: Mendepani Cabaran, Maju Penuh Yakin
- Ekonomi 'Three New' China Berkembang Pesat
- China Rekod Pelancong Domestik Lebih 5.6 Bilion pada 2024
- Provinsi di China Sasar Rancakkan Ekonomi, Penggunaan Menerusi Ekonomi Baru Muncul
- Xi Gesa Penyeliaan Berasaskan Audit Bermutu Tinggi bagi Promosi Pembangunan Sosioekonomi
- Prestasi China dalam Pembangunan Berkualiti Tinggi 2023
- "Pasar Barangan Kreatif", Lokasi Tumpuan Anak-anak Muda China