Ekonomi China Catat Permulaan Mantap

(CRI)Selasa 18 Mac 2025

Ekonomi China mencatat permulaan mantap dengan pelbagai penunjuk utama terus meningkat dalam dua bulan pertama tahun ini.

Data Biro Statistik Negara (NBS) menunjukkan dari Januari hingga Februari, nilai tambah industri berskala besar naik 5.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Antaranya, nilai tambah sektor pembuatan peralatan meningkat sebanyak 10.6 peratus.

Sementara itu, jualan runcit barang pengguna di seluruh negara menokok 4 peratus dari tahun ke tahun.

Industri hijau terus berkembang pesat sejak awal tahun ini, didorong oleh momentum yang mampan dalam sektor berkenaan.

Menurut NBS, nilai tambah sektor pembuatan berteknologi tinggi yang berskala besar meningkat 9.1 peratus dari tahun ke tahun, manakala jumlah pengeluaran kenderaan tenaga baharu melonjak sebanyak 47.7 peratus.

Jurucakap NBS Fu Linghui berkata pakej dasar sedia ada dan dasar tambahan yang diperkenalkan kerajaan menyuntik dorongan kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan serta perbelanjaan dan pelaburan, di samping memastikan pasaran pekerjaan kekal stabil pada keseluruhannya.

Video

Berita Berkaitan