Ekonomi 'Three New' China Berkembang Pesat

(CRI)Jumaat 07 Mac 2025

Ekonomi China menyaksikan kuantiti pertumbuhan besar dengan kualiti semakin meningkat pada 2024.

Perkara itu dimaklumkan ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) Zheng Shanjie dalam sesi taklimat media sempena sidang ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 di Beijing pada Khamis.

Zheng berkata ekonomi 'three new' yang merujuk kepada aktiviti ekonomi melibatkan sektor baharu, format perniagaan baharu dan model perniagaan baharu terus berkembang pesat pada tahun lalu, dengan nilai tambahnya menyumbang lebih 18 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sementara itu, nilai tambah industri pembuatan berteknologi tinggi mencatat pertumbuhan sebanyak 8.9 peratus.

Video

Berita Berkaitan