- Lain-lain
WHO Konsisten Jana Impak Sosial Cegah dan Rawat Penyakit TB - Peng
Pencapaian yang ketara boleh disaksikan dalam pencegahan tuberkulosis (TB) di peringkat global di bawah usaha masyarakat antarabangsa terutama WHO yang kondusif sejak sekian lama. Yang lebih mengagumkan itu adalah sebanyak 79 juta nyawa telah berjaya diselamatkan sejak tahun 2000!
Demikian dinyatakan Profesor Peng Liyuan, isteri kepada Presiden China Xi Jinping yang juga Duta Muhibah Pencegahan dan Rawatan TB & AIDS Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika menyampaikan ucapan bertulis kepada telesidang Hari TB Sedunia 2025 semalam.
Telesidang anjuran WHO yang bertema "Komitmen, Peruntukan, Tindakan" itu, membawa makna yang penting bagi menjana impak sosial dalam menangani cabaran dalam bidang kesihatan awam yang boleh mengundang risiko TB dan memperjuangkan matlamat menoktahkan penyakit itu.
Menurut Peng, tersenarainya TB dalam skim "Kesihatan China" mencerminkan kerajaan sangat menitikberatkan pencegahan penyakit itu. China konsisten dalam mendorong perkembangan teknologi pencegahan TB sehingga mewujudkan kadar penyembuhan pesakit TB kekal di paras 90% ke atas.
"Menghapuskan ancaman penyakit TB merupakan aspirasi bagi kita semua. Saya bersedia bekerjasama dengan rakan-rakan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam kerja pencegahan TB supaya dapat menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi kesihatan sesama insan," kata Peng.
- Tinjuan CGTN: Pengunduran AS dari Organisasi Antarabangsa akan Burukkan Lagi Defisit Tadbir Urus Global
- NCNCD China Dianugerah Hadiah Kesihatan Awam Antarabangsa
- WHO: COVID-19 Bukan Lagi Peristiwa Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa
- China Menyumbang kepada Perpaduan dan Kerjasama Global Bendung Wabak: WHO