- Lain-lain
Alu Lebih Banyak Pelabur Asing ke China: MFA
Pelabur asing kekal yakin dengan rancangan mereka untuk meningkatkan perniagaan di China, sekali gus optimis terhadap prospek ekonomi negara Tembok Besar.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap Forum Pembangunan China 2025 yang menyaksikan kehadiran seramai 750 wakil asing.
Difahamkan, forum berkenaan berlangsung di Beijing bermula 23 hingga 24 Mac, menarik penyertaan lebih banyak syarikat multinasional yang melibatkan pelbagai sektor.
Guo berkata China komited terus memajukan pembangunan berkualiti dan memperkasa keterbukaan bertaraf tinggi.
Syarikat asing dialu-alukan untuk mencari peluang dan melabur di China, bersama-sama menyumbang kepada pertumbuhan mantap ekonomi global dan mencapai kemajuan lebih besar melalui kerjasama saling untung, tambah beliau.