Sektor Sayuran, Buah, Benih Berkembang Maju di Yuanmou

Foto memperlihatkan buah-buahan yang dihasilkan di kaunti Yuanmou, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Yuanmou)

Sejurus Festival Musim Bunga melabuhkan tirainya, Huang Lin, seorang petani dari kaunti Yuanmou di Kawasan Autonomi Yi Chuxiong, Provinsi Yunnan, di barat daya China terus memulakan kerja-kerjanya di ladang. Beberapa hari sebelum itu, Huang telah menuai kobis merah dan mendapat kontrak jualan daripada sebuah syarikat pemerolehan sayur-sayuran yang bernilai lebih RMB70,000 (sekitar AS$9,672).

Foto tomato yang dihasilkan di kaunti Yuanmu, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Yuanmu)

Foto tomato yang dihasilkan di kaunti Yuanmu, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Yuanmou)

Difahamkan, Yuanmou menikmati iklim yang bebas beku sepanjang tahun, dengan suhu purata 21 darjah Celsius, sekali gus membolehkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar didapati sepanjang musim. Ia adalah hab utama dalam pembekalan sayur-sayuran ke utara, dan turut digelar sebagai ‘kampung halaman sayur-sayuran awal musim sejuk’. Di Yuanmou juga terletaknya pasar borong sayur-sayuran terbesar di barat daya China.

Foto memperlihatkan buah nona yang dihasilkan di kaunti Yuanmou, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Yuanmou)

Di sini, terdapat lebih 150 varieti sayur dan buah-buahan yang berkembang subur. Setiap tahun, sekitar 1.2 juta tan buah-buahan dan sayur organik hijau dari Yuanmou telah dijual kepada lebih 200 bandar di serata China dan dieksport ke lebih daripada 20 negara dan wilayah.

Semasa kemuncak musim bunga, pasaran Yuanmou mengendalikan sehingga 5,000 tan sayur-sayuran setiap hari, dengan 3.5 tan dihantar setiap minit.

Yuanmou juga terkenal sebagai pangkalan penanaman. Iklimnya turut sesuai untuk penanaman dan penghasilan benih bagi tanaman bijiran, keluarga kobis dan pelbagai lagi.

Foto pembenihan tomato di sebuah rumah hijau di kaunti Yuanmou, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Yuanmou)

Setiap tahun pada penghujung musim luruh, penyelidik pertanian di seluruh negara akan berpusu-pusu ke Yuanmou dengan membawa benih untuk bijiran, sayur, buah dan biji minyak untuk menjalankan kerja-kerja pembenihan.

Pada awal Februari, tanaman gandum yang disemai pada musim luruh lalu di kampung Nanfan, Yuanmou, mula dituai. Zhong Jiakai, ketua Parti kampung Nanfan dan pengarah Persatuan Pembiakan Benih Nanfan Yuanmou, bekerja tanpa mengenal penat lelah dari pagi hingga malam, untuk memilih benih di ladang eksperimen pada waktu pagi dan mengasingkan serta membantingnya pada sebelah petang.

"Bagi gandum, sebagai contoh, pembiakan di Yuanmou membolehkan kami mencapai dua musim penanaman dan musim menuai setiap tahun, mengurangkan kitaran pembiakan sebanyak lebih separuh. Selain itu, kepelbagaian tanaman di sini mewujudkan lebih banyak peluang untuk penghibridan," kata Zhong.

Foto menunjukkan beni yang digunakan bagi tujuan penyelidikan pada 2024 di kaunti Yuanmou, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong, di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Yuanmou)

Pada 2004, Zhong telah menubuhkan Persatuan Pembiakan Benih Nanfan Yuanmou, yang mengetuai petani dalam menghasilkan benih untuk bijiran, sayur dan bunga. Hari ini, persatuan itu telah bekerja dengan lebih daripada 98 institusi seluruh negara, dan menyelesaikan projek lebih 5,600 projek pembenihan.

Menurut statistik, setiap tahum sejumlah 8.25 juta mu (550,000 hektar) gandum dan 40 juta mu sayur-sayuran di China telah bertumbuh daripada benih yang dibangunkan di Yuanmou. Pada 2024, kawasan pembiakan benih di Yuanmou telah mencecah 41,700 mu, dengan penghasilan benih melebihi 4.05 juta kilogram.

Video

Berita Berkaitan