- Lain-lain
Asia Penggerak dan Pestabil bagi Pertumbuhan Ekonomi Global
![]() |
Sebagai anggota penting dalam keluarga Asia raya dan tuan rumah Forum Boao untuk Asia (BFA), China komited terus memacu pembangunan yang berkualiti dan meningkatkan tahap keterbukaan, berganding bahu dengan negara-negara Asia lain untuk menangani cabaran dalam proses pembangunan serta bekerjasama untuk mewujudkan situasi sama menang bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar pada Rabu sebagai respons terhadap laporan sidang tahunan BFA 2025 baru-baru ini yang menjangkakan pertumbuhan ekonomi Asia akan meningkat pada kadar 4.5 peratus pada 2025, dan nisbahnya dalam keseluruhan ekonomi dunia yang diukur dengan kuasa beli pengguna akan meningkat kepada 48.6 peratus. Setiausaha Agung BFA pula berpendapat "dunia wajar menzahirkan harapan penuh terhadap masa depan Asia."
Guo Jiakun menyatakan, sebagai kawasan yang populasinya paling ramai dan ekonominya paling rancak di dunia, Asia wujud sebagai penggerak dan penstabil penting bagi pertumbuhan ekonomi global.
“Di tengah-tengah zaman pasca normal yang penuh dengan kontradiksi dan kerancuan, masyarakat antarabangsa cenderung menumpukan kepada pilihan dan pakej penyelesaian yang dibuat oleh Asia.
“Kami (China) berharap pelbagai pihak mengadakan pertukaran dan perbincangan yang mendalam pada sidang BFA edisi ini, mengambil peluang daripada trend globalisasi ekonomi yang bersifat inklusif secara universal, berusaha untuk memuktamadkan dan menguatkuasakan perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN versi 3.0 dengan seawal mungkin, dan mencari kuasa penggerak yang baharu bagi pembangunan mampan melibatkan ekonomi digital dan ekonomi hijau,” kata Guo.
- BFA Semakin Berpengaruh
- Sidang Tahunan BFA Bermula
- Pusat Media BFA Dirasmikan
- Ding Xuexiang Dijadual Hadiri Sidang Tahunan BFA
- Sidang Tahunan Forum Boao akan Diadakan pada Mac
- Mesyuarat Meja Bulat BFA Bincang Kaedah Tangani Cabaran Global
- Forum Boao untuk Asia 2024 Ditutup Hari Ini
- Majlis Perasmian BFA 2024 Diadakan pada Khamis
- Zhao Leji Sampaikan Ucapan di Majlis Perasmian BFA 2024
- Pembangunan Boao Jelas Terasa