Tiandu-2 Tangkap dan Hantar Semula Imej Bulan Terkini dengan Ciri Lebih Jelas

Tiandu-2 Tangkap dan Hantar Semula Imej Bulan Terkini dengan Ciri Lebih Jelas
Foto ini diambil oleh kamera satelit Tiandu-2 tepat pukul 6.44 pagi 28 Februari 2025. (Ihsan Makmal Penerokaan Angkasa Jauh China)

Makmal Penerokaan Angkasa Jauh China (DSEL) memaklumkan satelit ujian teknologi navigasi dan komunikasi Tiandu-2 telah menghantar semula imej bulan terkini yang jelas memaparkan ciri-ciri landskap satelit semula jadi Bumi, lapor Global Times pada Khamis lalu.

Diambil oleh kamera satelit Tiandu-2 pada pukul 6.44 pagi 28 Februari 2025 dari paras 2,379 kilometer atas permukaan lunar, foto infra merah pertama itu memaparkan imej lunar dengan ciri-ciri seperti kawah Tsiolkovsky, kawah Fermi, kawah berangkai Gregory dan kawah Levi-Civita.

Lapor Global Times yang memetik DSEL menyatakan bahawa kawasan pusat imej diletakkan di kawasan khatulistiwa sebelah jauh Bulan.

Menurut Global Times, gambar kedua pula diambil pada 5:02 pagi pada 14 Mac 2025 dari ketinggian 1,768 kilometer. Difahamkan, pusat imej berada di bahagian utara Mare Nubium (Laut Awan) di permukaan bulan. Ciri bulan yang boleh dilihat dalam imej termasuk Tembok Lurus (Rupes Recta), Rima Birt (Birt Rille), kawah Apelles-Telgis, kawah Brill dan ciri permukaan bulan yang lain.

Sebagai satelit pertama yang dibangunkan oleh DSEL, kedua-dua satelit itu dihantar ke ruang angkasa lepas bersama-sama dengan satelit hantar Queqiao-2 pada 20 Mac 2024. Ia kemudiannya memasuki orbit seperti yang ditetapkan pada 29 Mac dan berpisah pada 3 April tahun itu.

DSEL dipetik sebagai berkata bahawa satelit ujian teknologi komunikasi dan navigasi Tiandu-1 dan 2 telah melakukan beberapa siri eksperimen teknologi baharu untuk navigasi dan komunikasi lunar.

Kesemua eksperimen itu telah mengesahkan teknologi utama berkaitan komunikasi dan navigasi lunar, secara tidak langsung menyediakan sokongan kuat buat reka bentuk dan pembinaan Stesen Penyelidikan Lunar Antarabangsa (ILRS) dan sistem mengesan buruj jarak jauh, komunikasi dan navigasi yang diintegrasikan Queqiao.

Foto kedua yang diambil oleh kamera satelit Tiandu-2 tepat pukul 5:02 pagi pada 14 Mac 2025 (Ihsan Makmal Penerokaan Angkasa Jauh China)

Video

Berita Berkaitan