Laluan Penerbangan Awam ke-60 China-Vietnam Beroperasi

(CRI)Isnin 31 Mac 2025
Laluan Penerbangan Awam ke-60 China-Vietnam Beroperasi

Pesawat MF8697 mendarat dengan lancar di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di bandar Hanoi, Vietnam pada sebelah pagi Ahad, menandakan bermulanya operasi berkala laluan pergi-balik Fuzhou-Hanoi kendalian syarikat penerbangan Xiamen Airlines.

Ini juga merupakan laluan penerbangan awam ke-60 antara China dengan Vietnam, manakala Fuzhou turut menjadi bandar ke-20 di China yang menyediakan perkhidmatan penerbangan terus ke Vietnam.

Dengan adanya laluan udara baharu itu, perhubungan antara kawasan bahagian tenggara China dengan negara-negara ASEAN dipercayai boleh menjadi semakin erat sehingga mencetuskan momentum baharu kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pertukaran kebudayaan kedua-dua pihak.

Video

Berita Berkaitan