- Lain-lain
Pasukan Penyelamat China Selamatkan Warga Emas di Naypyidaw
(CRI)Isnin 31 Mac 2025
Pasukan penyelamat dan perubatan Yunnan China selamat tiba di Yangon, Myanmar pada 7.00 pagi 29 Mac waktu tempatan, iaitu 18 jam selepas gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Myanmar.
Mereka juga menjadi pasukan penyelamat antarabangsa pertama yang tiba di Myanmar.
Menurut laporan terkini, pasukan dari Yunnan itu telah berjaya menyelamatkan seorang warga tua yang terperangkap dalam runtuhan selama hampir 40 jam di tapak Hospital Ottara Thiri di Naypyidaw, pada pukul 5.00 pagi 30 Mac.
Ini juga mangsa pertama yang berjaya diselamatkan oleh pasukan tersebut.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang