- Lain-lain
Pesta Budaya Peony Luoyang ke-42 Buka Tirai
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 02 April 2025
Edisi ke-42 Pesta Budaya Peony Luoyang China membuka tirai di bandar Luoyang, provinsi Henan pada 1 April. Pesta tahun ini akan berlangsung hingga 15 April, dengan tempoh melihat bunga peony sepanjang bulan.
Seluruh pesta berkisarkan bunga peony, mengaitkan pelbagai elemen seperti Hanfu, muzik, kegiatan luar, aktiviti penggunaan, dan sebagainya. Sebanyak 10 acara utama dijadualkan berserta 35 aktiviti sampingan yang berkaitan, kesemuanya menjanjikan santapan kebudayaan yang unik lagi berwarna-warni.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang