Bina Komuniti Berkongsi Nasib dengan Negara-Negara Sekitar - Xi

(CRI)Rabu 09 April 2025
Bina Komuniti Berkongsi Nasib dengan Negara-Negara Sekitar - Xi

Hendaklah menfokuskan pembinaan komuniti berkongsi nasib dengan negara-negara sekitar dan berusaha meneroka landskap baharu berdasarkan semangat kejiranan.

Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika menghadiri majlis libat urus untuk hal-ehwal berkaitan negara-negara sekitar di Beijing pada Selasa hingga Rabu.

Xi yang juga merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, menyimpulkan secara sistematik kejayaan dan pengalaman negara ini sepanjang menangani hal ehwal berkaitan negara-negara sekitar sejak memasuki zaman baharu, menganalisis situasi semasa secara saintifik, melengkapkan matlamat, dan memberi naratif jelas tentang visi dan misi mengenai hal-ehwal berkaitan negara-negara sekitar untuk suatu masa akan datang.

Xi berkata, hubungan antara China dengan negara-negara sekitarnya berada pada tempoh yang terbaik dalam zaman moden ini. Perlunya memupuk rasa saling percaya dari segi strategi dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib dengan negara-negara sekitar, menyokong negara-negara jiran menempuh jalan pembangunan yang mampan, membina jaringan kesalinghubungan yang bertaraf tinggi serta bersama-sama memelihara kestabilan serantau.

Video

Berita Berkaitan