Saintis Sumbang Transformasi Gurun Kepada Oasis, Dorong Ekonomi Luar Bandar di Xinjiang

Di tanah gersang yang terletak di barat laut China, yang suatu ketika dahulu dilanda fenomena ‘kampung berpindah’ berikutan ditiup ribut pasir, kini berubah menjadi tanah yang produktif.

Difahamkan, saintis telah memberikan sumbangan terhadap transformasi yang turut memberikan sinar harapan dalam ekonomi dan ekologi buat warga komuniti setempat.

Zeng Fanjiang, merupakan ketua stesen penyelidikan Institut Ekologi dan Geografi Xinjiang di bawah Akademi Sains China di kaunti Qira, Hotan, di Wilayah Autonomi Ugyur Xinjiang.

Sepanjang 30 tahun kerjayanya, Zeng telah membangunkan teknologi menstabilkan kedudukan pasir menggunakan garam sedar dan pokok renek saxoul, mendaftarkan 17 paten, serta mengepalai pasukannya dalam usaha melawan penggurunan.

Usaha mereka telah mendorong kepada penambahan liputan tanaman, mengubah gumuk pasir sebanyak lebih daripada 40 peratus di serata kaunti, dengan kesemua teknik itu digunakan di seluruh Xinjiang.

Zang Fangjiang (tengah) memeriksa tanaman gurun bersama-sama dengan para pelajar di kaunti Qira, Hotan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Zang Fangjiang (tengah) memeriksa tanaman gurun bersama-sama dengan para pelajar di kaunti Qira, Hotan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Mengikut sejarah, penduduk di kaunti Qira pernah berpindah sebanyak tiga kali akibat daripada ribut pasir yang dahsyat. Pada 1983, pihak berkuasa tempatan yang telah meniliti isu tersebut, bertindak untuk menubuhkan stesen penyelidikan di kaunti tersebut untuk memerangi penggurunan.

Pada Julai 1997, Zeng yang ketika itu berumur 31 tahun telah berlepas daripada Urumqi, ibu kota Xinjiang, untuk ke stesen penyelidikan tersebut, sekali gus menjadi siswazah pertama di situ.

Setelah membuat penilaian terhadap lebih daripada 100 spesies gurun, pasukan Zeng telah mengenal pasti tumbuhan malar seperti sedar garam, iaitu spesies paling berkesan dalam menstabilkan kedudukan pasir.

Mereka telah memberi panduan kepada penduduk tempatan dalam menambah baik model penetapan pasir dan pencegahan angin kaunti yang unik.

Sistem tersebut terdiri daripada daik barisan hadapan untuk menghalang daripada peralihan daik, yang dibantu oleh pokok renek rendah dan rumput untuk menstabilkan pasir, serta hutan pokok renek buatan dengan jalur tampan angin yang sempit.

Model itu telah diguna pakai secara meluas, sekali gus menyumbang dalam transformasi kawasan gurun kepada oasis hijau.

Pada 2007, Zeng telah menginisiatifkan ujikaji penanaman saxoul di sebuah ladang berukuran 5 mu (0.33 hektar). Beliau dan pasukannya telah mencuba tujuk jenis penanaman, menggabungkan saxoul dengan sedar garam endemik.

Selepas tiga tahun, mereka telah mendapati bahawa dengan menanam herba cistanche ke akar saxoul mengikut bentuk yang khusus akan memaksimumkan pulangan ekonomi. Lebih menarik, akar saxoul juga mampu menapis air masin dan alkali, secara tidak langsung mengatasi isu kualiti air tempatan.

Pasukan Zeng juga telah mengenal pasti tanaman penetapan pasir lain yang bermanfaat. Menerusi mode inovasi yang mengintegrasikan pemulihan ekologi dan pembangunan perindustrian, mereka menubuhkan taman perindustrian gurun seluas 38,000 mu di Qira.

Inisiatif tersebut menyaksikan pertambahan pendapatan tahunan petani dan pengembala sebanyak lebih RMB3,000 (AS$413), dan memberi manfaat buat lebih daripada 200,000 individu.

Pada tahun 2013, Zeng telah diangkat sebagai salah seorang daripada 10 contoh utama dalam pencegahan dan kawalan pasir. Beliau telah menekankan tentang kepentingan untuk mengimbangkan pembangunan dengan perlindungan ekologi.

Penghadang pasir melindungi kaunti Qira, Hotan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China. (Foto ihsan pusat gabungan media kaunti Qira)

Penghadang pasir melindungi kaunti Qira, Hotan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China. (Foto ihsan pusat gabungan media kaunti Qira)

Bermula pada tahun 2023, dengan sokongan jabatan padang rumput dan perhutanan tempatan, Zeng telah mengetuai pasukannya untuk melaksanakan projek penyelidikan yang menyasarkan terhadap pengoptimuman sekitar 500 mu tanah pokok renek.

Tahun demi tahun, Zeng telah membimbing stesen penyelidikan tersebut dalam mewujudkan model teknikal untuk mengoptimumkan pengurusan dan penggunaan mampan tanaman gurun. Kejayaan mereka telah diaplikasikan di hampir 50,000 mu di Hotan dan kawasan jiran.

“Kita mesti menyemai benih-benih sains,” ujar Zeng yang memberikan galakan kepada penyelidik muda di stesen itu untuk aktif dalam usaha pempoluran sains agar lebih ramai masyarakat dapat memahami cerita di sebalik perlindungan pasir.

Difahamkan, stesen itu kini berfungsi sebagai pusat pendidikan sains kebangsaan dan hab serantau dalam mempromosi semangat saintifik di seluruh Xinjiang.

Video

Berita Berkaitan