Laluan Penerbangan Pengangkutan Kargo Urumqi-Islamabad Mula Beroperasi

(CRI)Rabu 05 Mac 2025

Sebuah pesawat kargo Boeing 757 SF Airlines muatan 2.57 tan kargo e-dagang rentas sempadan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Diwopu di bandar Urumqi wilayah Xinjiang, telah tiba di Islamabad, ibu negara Pakistan selepas penerbangan kira-kira 2 jam 40 minit pada pagi Selasa.

Penerbangan sulung bagi laluan pengangkutan kargo Urumqi-Islamabad ini menandakan operasinya secara rasmi, dan dipercayai boleh meningkatkan kelangsungan dan kelancaran dalam saluran logistik rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Pembukaan laluan penerbangan ini merupakan langkah penting untuk pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan, yang bukan sahaja memacu momentum baharu ke dalam kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan, tetapi juga memberikan sokongan kuat untuk kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan serantau.

Bagi langkah seterusnya, Xinjiang akan memanfaatkan lokasi strategiknya mempercepatkan pembinaan rangkaian logistik tiga dimensi yang menghubungkan Asia Tengah, Asia Selatan dan Eropah.

Video

Berita Berkaitan