- Lain-lain
Dron Permudah Kerja Menuai Teh di Xizang
Sangye Drolma, seorang penduduk dari kampung Metok, bandar Nyingchi di Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China, memuatkan daun teh yang baru dipetik ke dalam bekas logistik.
Beberapa detik kemudian, sebuah dron yang berkeupayaan membawa muatan 50 kilogram berjarak 15 kilometer pula berlepas. Dalam tempoh beberapa minit sahaja, lebih daripada 20 kilogram daun teh tiba di pusat pungutan yang terletak sekitar 10 kilometer jauh.
“Dahulu, kami perlu membawa turun daun teh dari gunung menggunakan tangan, dan terdapat juga kebun yang terletak jauh dan lebih tinggi. Hujan musim bunga sering menyaksikan jalan bertukar menjadi lumpur, sekali gus menyukarkan pengangkutan. Menggunakan dron adalah lebih cepat dan mudah,” ujar Sangye.
Daun teh dibawa ke udara di dalam sebuah bekas logistik menggunakan dron di kampung Metok, bandar Nyingchi, Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China. (Foto/Yuan Ying)
Bagi mempromosi pembangunan ekonomi beraltitud rendah Xizang secara teratur, Syarikat Xizang Yizhou Technologi baru-baru ini bekerjasama dengan syarikat logistik untuk melaksanakan penerbangan ujian dron di kaunti Metok. Ujian tersebut meliputi senario yang pelbagai termasuk logistik penghantaran, pengangkutan produk pertanian, pemeriksaan kebun teh, penjagaan hutan, dan kawalan trafik.
Pengurus besar syarikat penghantaran YTO Express di Nyingchi, Li Fengwei berkata beliau telah menyaksikan sendiri kelebihan penghantaran menggunakan dron.
“Penerbangan ujian itu meliputi sekitar 15 kilometer dari kawasan kami di ke kampung tersebut. Jika menggunakan kereta, perjalanan yang sama biasanya akan mengambil masa 40 minit. Namun, dron telah memendekkannya dengan menjadi beberapa minit sahaja,” ujar Li.
Di sebalik penggunaan dron dalam penerbangan ujian, terdapat juga rotor berkembar, dron angkat berat yang dikuasakan gas, dengan kemampuan muatan sehingga 150 kilogram, terbang sejauh lebih 110 kilometer, dan mencecah altitud lebih 6,000 meter. Dilengkapi dengan sistem satelit navigasi BeiDOu, mereka memastikan laluan penerbangan yang selamat dan tepat.
“Pada masa depan, kami akan berkolaborasi dengan jabatan yang berkaitan untuk melakukan lebih banyak penerbangan ujian, membantu produk pertanian tempatan berada di pasaran dengan segera, dan membawa keperluan kecemasan serta merta,” ujar Ma Weijun, pengoperasi dron.
- Dron Hantar Makanan Hangat Buat Warga Emas di Kawasan Pergunungan Zhejiang
- Lebih 1,800 Jenis Produk Dron Awam Didaftar di China
- Skala Pengaplikasian Dron di China Terus Diperluas
- Pembangunan Industri Dron Yanqing Semakin Pesat
- Khidmat Dron Hantar Barang Rancak di Tembok Besar Pada Cuti Hari Kebangsaan
- Industri Dron China Catat Pertumbuhan Pesat
- Industri Kereta Terbang China Mula Berkembang Pesat
- Pertunjukan Cahaya Dron Tampilkan Budaya Tradisional China di HK
- Dron Kargo Mula Bawa Anak Benih dari Hainan
- Penggiat Industri Letak Harapan Tinggi Buat Ekonomi Altitud Rendah