Kempen Promosi Kepenggunaan Untuk Warga Asing Bakal Dilancarkan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 11 April 2025

Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) akan melancarkan satu kempen promosi yang besar buat warga asing, selari dengan penganjuran Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China kelima yang akan membuka tirainya pada 13 April ini.

Menurut Li Gang, ketua pengarah Jabatan Operasi Pasaran dan Promosi Kepenggunaan MOFCOM, ketika ini pelbagai senario kepenggunaan termasuk ekonomi baru dilancarkan, pasaran warisan budaya tidak ketara, pelancongan budaya mengasyikkan, kedai alat permainan arus semasa, dan kafe kreatif sedang berevolusi secara pesat dengan penampilan segar.

Pelancong asing menikmati hidangan di sebuah restoran di pekan purba di kaunti Ninghai, Ningbo, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto/Hu Xuejun)

Pelancong asing menikmati hidangan di sebuah restoran di pekan purba di kaunti Ninghai, Ningbo, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto/Hu Xuejun)

Jelas beliau, beberapa siri aktiviti itu akan memfokuskan terhadap empat bidang utama, iaitu beli-belah butik, makanan dengan seni yang halus, pelancongan menarik, dan pertunjukkan menghiburkan, dengan sasaran untuk mewujudkan senario kepenggunaan yang pelbagai dan inovatif, sambil membina persekitaran mesra pengguna antarabangsa.

Pada tahun ini, daerah-daerah komersial utama, laluan pejalan kaki, kompleks beli-belah, pasar raya, dan syarikat-syarikat terkemuka akan menawarkan promosi serta melancarkan produk premium dan baharu bagi menarik pengguna asing.

Difahamkan, China juga akan meningkatkan kedai pemulangan cukai berlepas dan menyediakan perkhidmatan pemulangan cukai berlepas yang ditambah baik pada tahun ini, sekali gus menyaksikan warga asing boleh mendapatkan pemulangan cukai dengan cekap, ujar seorang petugas di syarikat dana asing di China.

Selain itu, lebih banyak aktiviti berkait pasaran makanan, pertukaran kulinari, dan ekspo bahan-bahan makanan, bersama-sama dengan pelbagai carta makanan, peta makanan dan restoran terkenal, yang secara tidak langsung akan memberikan keyakinan lebih besar buat pengguna antarabangsa mahupun tempatan dalam menerokai makanan.

Pada masa sama, lebih banyak laluan perjalanan dan produk premium termasuk persiaran bandar, perjalanan jangka panjang, pelancongan hiburan, pelancongan masuk, pelancongan kesihatan, pelancongan pelayaran dan perjalanan kereta api pelancong akan diperkenalkan bagi membantu pelancong asing untuk merasai pengalaman penuh asyik di China.

China juga akan meneruskan untuk memperkenalkan dan menyokong persembahan artistik antarabangsa, acara penuh bersemangat yang berkualiti tinggi, dan pameran kebudayaan berkualiti tinggi.

Seorang warga asing sedang membayar mengguna kad di sebuah farmasi di Tongling, Provinsi Anhui, timur China. (Foto/Chu Zhuchuan)

Seorang warga asing sedang membayar mengguna kad di sebuah farmasi di Tongling, Provinsi Anhui, timur China. (Foto/Chu Zhuchuan)

China membuka pintunya secara lebih luas buat dunia, yang juga merupakan faktor utama dalam tarikan kuatnya terhadap pasaran pengguna.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China secara berterusan memperluaskan dasar bebas visanya, dan melanjutkan tempoh transit bebas visa kepada 240 jam buat 54 negara, sekali gus terus mendorong pertumbuhan pelancongan masuk.

Setakat penghujung tahun lalu, China telah melaksanakan dasar bebas visa unilateral kepada 38 negara dan membuat persetujuan pengecualian visa komprehensif bersama-sama dengan 25 negara.

Li dalam kenyataannya berkata bahawa kempen tersebut akan membolehkan lebih ramai pengguna antarabangsa dan tempatan mengalami tarikan unik di China, sementara syarikat dari serata dunia pula berkongsi peluang pembangunan nan luas dalam pasaran pengguna China.

Bagi mempermudah kepenggunaan warga asing di China, negara itu akan menambah baik sistem perkhidmatan pembayarannya yang pelbagai taraf, dan menggalakkan peruncit untuk menerima kad bank asing, dan menyokong lebih banyak penggunaan e-dompet luar negara di China.

Seorang pelancong asing sedang minum bir di Qingdao di Provinsi Shandong, timur China. (Foto/Xu Congjun)

Seorang pelancong asing sedang minum bir di Qingdao di Provinsi Shandong, timur China. (Foto/Xu Congjun)

Bandar-bandar pusat kepenggunaan antarabangsa seperti Shanghai, Beijing dan Guangzhou akan terus memainkan peranan masing-masing dalam mendorong kepenggunaan, dengan memperkuatkan ekonomi baru dilancarkan, menambah laluan terus penerbangan antarabangsa, melaksanakan dasar untuk kedai bebas cukai, dan mengoptimumkan proses kelulusan untuk persembahan komersial.

Li turut yakin bahawa pasaran pengguna China masih berdaya tahan, serta mempunyai masa depan dan penuh bertenaga, selain momentum pemulihannya yang kekal kuat. Dengan pelaksanaan dasar dan langkah promosi kepenggunaan yang pelbagai, serta pembangunan siri aktiviti dengan teratur, pasaran pengguna pada tahun ini akan berkembang stabil.

Video

Berita Berkaitan