Nilai Dagangan China-Vietnam Lebihi USD200 Bilion Selama Empat Tahun

(CRI)Jumaat 11 April 2025

Nilai dagangan antara China dan Vietnam melebihi USD200 bilion selama empat tahun berturut-turut, kata jurucakap Kementerian Perdagangan China He Yongqian, pada Khamis.

Menurut He, China merupakan rakan dagang terbesar bagi Vietnam sejak tahun 2004, manakala Vietnam menjadi rakan dagang terbesar China di ASEAN sejak tahun 2016.

Selain itu, nilai dagangan dua hala antara China dan Vietnam merekodkan USD260.65 bilion pada tahun 2024, meningkat 13.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

He Yongqian menegaskan bahawa China bersedia bersama-sama pihak Vietnam untuk melaksanakan siri konsensus yang dicapai oleh pemimpin tertinggi kedua-dua negara berhubung pemerkasaan pembinan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam, untuk memacu kenaiktarafan kerjasama ekonomi dan perdagangan supaya memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan