Xi, Prabowo Bertukar Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-75 Hubungan Diplomatik China-Indonesia

(CRI)Ahad 13 April 2025

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Prabowo Subianto bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-75 terjalinnya hubungan diplomatik China-Indonesia, pada Ahad.

Xi dalam perutusannya menyatakan bahawa China dan Indonesia adalah dua negara membangun besar dan anggota penting dalam 'Selatan Global'. Oleh itu, kerjasama antara kedua-dua negara ini mempunyai erti strategik dan pengaruh penting di pentas dunia.

Xi berkata, beliau amat mementingkan perkembangan hubungan antara China dan Indonesia, dan bersedia bekerjasama dengan Presiden Prabowo untuk mempergiat kerjasama strategik komprehensif kedua-dua negara, memperkukuh koordinasi strategik multilateral, dan memperkayakan konotasi komuniti berkongsi nasib China-Indonesia.

Selain itu, Xi juga menzahirkan kesediaan untuk membina hubungan China-Indonesia sebagai teladan bagi kerjasama antara negara-negara membangun dan kerjasama Selatan-Selatan, demi kemajuan umat manusia.

Video

Berita Berkaitan