Masyarakat Malaysia Nantikan Lawatan Rasmi Presiden Xi

(CRI)Isnin 14 April 2025

(Foto/Xinhua)

(Foto/Xinhua)

Lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Malaysia bermula Selasa amat dinanti-nantikan masyarakat tempatan.

Presiden Kokus Inisiatif Jalur dan Laluan bagi Asia Pasifik (BRICAP) Tan Sri Ong Tee Keat menyatakan harapan agar lawatan Xi dapat mengukuhkan lagi kesalingpercayaan politik antara kedua-dua negara dan menggalakkan kolaborasi segenap bidang.

Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi ASEAN 2025, kata beliau sambil menambah bahawa lawatan berkenaan melangkaui skop hubungan bilateral Malaysia-China.

Ia bermakna penting bagi perkembangan keseluruhan hubungan ASEAN-China, dan akan menyuntik momentum baharu kepada pembangunan dan kestabilan serantau.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai berharap lawatan Xi dapat terus memperluas pertukaran dan kerjasama antara media, kumpulan pemikir dan institusi pengajian tinggi kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan