ASEAN Kekal Rakan Dagang Terbesar bagi China

(CRI)Selasa 15 April 2025

China dan ASEAN mempunyai hubungan ekonomi dan perdagangan yang semakin erat dan serasian yang semakin meningkat dalam bidang perdagangan. ASEAN kekal sebagai rakan dagang terbesar bagi China pada suku tahun pertama 2025, dengan import eksport yang terbabit naik sebanyak 7.1 peratus, iaitu mencecah RMB1.71 trilion (RM1.03 trilion). Sumbangan ASEAN dalam keseluruhan perdagangan luar China meningkat ke 16.6 peratus.

Menurut Pengarah Bahagian Perangkaan dan Analisis Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, Lyu Daliang, China dan ASEAN yang berpopulasi 2 bilion atau satu perempat di persada dunia telah menjadi teladan kerjasama melalui peningkatan tahap keterbukaan serta ketersambungan dan pembangunan bersama, di latar belakang momentum globalisasi mendapat tempias yang bertubi-tubi.

Contohnya dalam bidang kolaborasi pertanian terutama import eksport produk pertanian, ASEAN kekal sebagai rakan dagang terbesar bagi China untuk lapan tahun berturut-turut sejak 2017.

Pada suku tahun pertama 2025, China telah mengimport produk pertanian bernilai RMB52.65 bilion (RM31.74 bilion) dari negara-negara ASEAN, naik13.8 peratus, manakala mengeksport produk berkenaan bernilai RMB37.92 bilion (RM22.86 bilion) ke blok itu, menokok 1.4 peratus. Permintaan yang pelbagai antara satu sama lain boleh dipenuhi melalui import eksport produk pertanian yang berkualiti dari pihak masing-masing.

Dimaklumkan lagi, import eksport kedua-dua pihak melalui pengangkutan landasan kereta api, jalan raya, perkapalan dan penerbangan masing-masing meningkat 37 peratus, 23.2 peratus, 5.8 peratus dan 16.4 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan