- Lain-lain
Xi Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi
![]() |
Presiden China Xi Jinping tiba di Kuala Lumpur pada Selasa untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Dalam ucapan bertulis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Xi berkata China dan Malaysia merupakan negara membangun utama dan anggota penting Selatan Global.
Pemerkasaan kerjasama strategik yang bertaraf tinggi adalah selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara, malah kondusif kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau bahkan dunia.
Dalam tempoh lawatan kali ini, beliau akan bertukar-tukar pandangan secara mendalam dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hubungan bilateral serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.
Xi berharap lawatan kali ini dapat terus memperkukuh persahabatan tradisional dua negara, meningkatkan rasa saling percaya dalam bidang politik dan memperkasa kolaborasi dalam usaha pemodenan.
Beliau turut menyeru kedua-dua pihak bersinergi menggalakkan interaksi dan saling belajar sesama tamadun, sekali gus melonjakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia ke tahap baharu.
![]() |
- Menara Exchange 106, Mercu Tanda Kerjasama BRI China-Malaysia
- Malaysia Madani Selari Dasar Pentadbiran Xi - PM Anwar
- Malaysia, China Seiringan Tingkat Peluang Ekonomi dan Perdagangan - PM Anwar
- Selepas 50 Tahun, Hubungan Malaysia dan China Terus Diperkukuh – PM Anwar
- Lawatan Negara Xi Jinping, Kemuncak Persahabatan Malaysia-China – PM Anwar
- Masyarakat Malaysia Nantikan Lawatan Rasmi Presiden Xi
- Bual Belia: Ikatan Kebudayaan antara China dan Asia Tenggara
- Hutong di Beijng Tawarkan Rasa Asia Tenggara
- Presiden Xi akan Lawat Vietnam, Malaysia dan Kemboja
- Kerjasama Malaysia-China Bawa Situasi Sama Menang: Rafizi