- Lain-lain
Biar Dunia Tahu China Sedang Hasilkan Inovasi – CEO GSMA
China berada di kedudukan pendahulu dalam kemajuan teknologi global, demikian ujar John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Sistem Komunikasi Mudah Alih Global (GSMA) dalam satu wawancara eksklusif oleh People’s Daily Online pada 14 April 2025 di Sidang Kemuncak Asia Pasifik Persidangan Internet Dunia.
“Tiada kesangsian bahawa wilayah Asia Pasifik – khususnya China – mendahului pembangunan serta penggunaan teknologi 5G dan 5G-Termaju, iaitu asas kepada pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI),” ujar CEO itu lagi.
Melihat kepada pengaplikasian sebenar AI di China, Hoffman menekankan bahawa AI bukan sekadar bualan sahaja, tetapi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Beliau berkata, syarikat China telah mempamerkan inovasi menerusi hasil yang dapat dilihat, khususnya dalam bidang seperti bandar pintar, pencegahan bencana dan pemeliharaan warisan kebudayaan.
“Kesemua pengaplikasian tersebut mewujudkan kesan demonstrasi yang dikongsi bersama dengan dunia menerusi platform seperti sidang kemuncak ini,” kata Hoffman lagi.
Beliau turut menzahirkan pujian terhadap ekosistem teknologi komprehensif China, dengan menyatakan infrastruktur jaringan China dan pangkalan pengguna China sebagai pendorong yang kuat terhadap inovasi.
Foto John Hoffman, CEO GSMA ketika diwawancara eksklusif oleh People’s Daily Online pada 14 April 2025 di Sidang Kemuncak Asia Pasifik Persidangan Internet Dunia. (People’s Daily Online/Wu Yuyangyang)
“China mempunyai jaringan terbesar di dunia dan pangkalan pengguna yang terbesar, membolehkan skala ekonomi yang memberi manfaat terhadap keseluruhan pasaran global,” jelas Hoffman.
Pada masa sama, beliau juga menyuarakan tentang peranan syarikat China dalam membentuk landskap teknologi global.
“Kita telah melihat inovasi hebat dalam infrastruktur daripada syarikat seperti Huawei dan ZTE, dan daripada firma yang kian meningkat seperti DeepSeek yang pesat membangun dalam AI,” tambah Hoffman.
Beliau turut menyifatkan China sebagai peneraju dalam teknologi, dengan memberitahu bahawa ia menjadi contoh unggul bagi seluruh dunia dalam mencapai kejayaan dalam masa yang sangat pendek.
Selain itu, Hoffman telah menekankan tentang peri penting untuk memastikan penemuan baharu teknologi China dapat memanfaatkan komuniti global.
“Inovasi syarikat China berada di kedudukan paling hadapan berbanding yang lain di seluruh dunia.
“Adalah penting ketika ini untuk tidak mengehadkan inovasi di tanah besar China sahaja, tetapi membenarkan ia mengubah dunia – secara berterusan mendorong dan membangunkan di segenap sempadan,” kata beliau lagi.
Dalam wawancara itu, Hoffman turut menegaskan tentang kepentingan kolaborasi antarabangsa dalam membina masa depan digital.
“Sidang kemuncak ini adalah peluang terbaik untuk berkongsi hala tuju, kebijakan, dan nilai selain berbincang mengenai masa depan. Hanya dengan kerjasama kita mampu mencipta masa depan yang berkongsi dalam ruang siber,” katanya.
Hoffman menyatakan bahawa GSMA akan terus bekerjasama dengan syarikat China, dan menguar-uarkan kepada dunia bahawa inovasi sedang menyusul negara Tembok Besar itu.
- Faktor Dinamik Pacu Perkembangan Maju Inovasi China
- Model Perniagaan inovatif: Momentum Baharu Pertumbuhan Perdagangan Asing
- Pembangunan Juruteknik Kelas Pertama Jadi Keutamaan China
- Ekonomi Digital Buka Pintu Rezeki Baharu
- China di Tangga ke-11 Indeks Inovasi Global
- Huawei Lancar Telefon Boleh Lipat Tiga Pertama di dunia
- Xi Mahu Usaha Sedaya Upaya untuk Perkasakan Pembaharuan
- China Punya Jumlah Kluster Inovasi Sains dan Teknologi Terbanyak - Laporan WIPO
- Pusat Inovasi Pertama Untuk Sistem Kuasa Baharu Mula Beroperasi di Hunan
- Keupayaan Inovasi Syarikat China Kemuncak Pelaburan: Temasek