- Lain-lain
China Bersedia Lancarkan Kapal Angkasa Shenzhou-20 (8)
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 17 April 2025
![]() |
Foto bertarikh 16 April 2025 ini memaparkan gabungan kapal angkasa bermanusia Shenzhou-20 dan roket pembawa Long March-2F yang dihantar secara vertikal ke kawasan pelancaran. (Xinhua/Wang Jiangbo) |
Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA) pada Rabu mengumumkan bahawa gabungan kapal angkasa bermanusia Shenzhou-20 dan roket pembawa Long March-2F yang dihantar ke kawasan pelancaran, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut CMSA, kesemua fasiliti dan peralatan di tapak pelancaran berada dalam keadaan baik, sementara pelbagai pemeriksaan dan ujian secara bersama pra-pelancaran telah dilaksanakan seperti yang dirancang.
Memetik Xinhua, CMSA turut memaklumkan bahawa kapal angkasa itu akan dilancarkan pada masa yang sesuai dalam tempoh yang terdekat.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang