Xi Tiba di Kemboja untuk Lawatan Rasmi

(CRI)Khamis 17 April 2025

Presiden China Xi Jinping menyuarakan harapan agar lawatan ke Kemboja dapat terus memperkaya rangka kerjasama 'intan enam sisi' antara kedua-dua negara.

Xi membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ucapan bertulis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, pagi Khamis.

Beliau berharap China dan Kemboja dapat meningkatkan kesalingpercayaan politik ke tahap lebih tinggi, memperluas kerjasama saling untung yang berkualiti lebih tinggi dan mewujudkan jaminan keselamatan yang lebih kukuh.

Diharap bahawa menerusi lawatan kali ini, pertukaran sesama rakyat terus dipergiat dan koordinasi strategik diperkasakan demi limpahan manfaat rakyat kedua-dua negara.

Xi melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Kemboja atas undangan Raja Norodom Sihamoni.

Video

Berita Berkaitan