Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Ecuador

(CRI)Isnin 21 April 2025

China bersedia mendorong penaiktarafan perkongsian rakan strategik komprehensif dengan Ecuador untuk menyejahterakan rakyat.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika mengucap tahniah kepada rakan sejawatnya di Ecuador, Daniel Noboa atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden untuk penggal baharu pada Sabtu.

Xi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China dan Ecuador mengekalkan momentum baik dalam perkembangan hubungan bilateral, terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, dan membuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama pelbagai bidang yang bertunjangkan persahabatan di kalangan rakyat kedua-dua negara.

Pada hari yang sama, Naib Presiden China, Han Zheng juga mengucap tahniah kepada Naib Presiden terpilih Ecuador, Pinto.

Video

Berita Berkaitan