China dan Azerbaijan Umum Jalinan Perkongsian Strategik Komprehensif (5)

(CRI)Rabu 23 April 2025
China dan Azerbaijan Umum Jalinan Perkongsian Strategik Komprehensif

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Azerbaijan Ilham Aliyev, yang kini melakukan lawatan negara ke Beijing, di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Kedua-dua pemimpin tersebut mengumumkan Jalinan Perkongsian Strategik Komprehensif antara China dan Azerbaijan.

Dalam pertemuan tersebut, Xi berkata kedua-dua pihak perlu terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, memperdalam kerjasama praktikal dan mengeratkan koordinasi antarabangsa serta membuka lembaran baharu kerjasama dalam semua aspek antara China dan Azerbaijani.

Usaha ini akan menyokong pembangunan dan kebangkitan kedua-dua negara, sekaligus memberikan manfaat lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara.

Presiden Xi menegaskan, China menyokong Azerbaijan dalam mempertahankan kedaulatan negara, kemerdekaan dan integriti wilayahnya, serta meneruskan pembangunan yang selaras dengan keadaan negaranya sendiri.

Ujarnya China juga bersedia memperdalam kerjasama dengan pihak Azerbanjian dalam keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

Kedua-dua pihak perlu menyempurnakan mekanisme kerjasama, meneroka potensi kerjasama secara mendalam, mendorong usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ke arah pelaksanaan yang lebih kukuh dan berkualiti tinggi.

Di samping itu, perlu juga galakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan, pelancongan, belia, dan peringkat daerah.

Sementara itu, Aliyev ketika pertemuan tersebut menyatakan bahawa pihaknya mematuhi prinsip Satu China dan kekal menganggap Taiwan adalah wilayah China yang tidak boleh dipisahkan.

Beliau berkata, Azerbaijan bersedia untuk memperdalam pembinaan perkongsian strategik komprehensif, memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang seperti BRI, ekonomi digital, sumber tenaga hijau, sains dan taknologi, merancakkan pertukaran parti dan sosiobudaya di samping meningkatkan koordinasi dalam urusan antarabangsa dan serantau.

Video

Berita Berkaitan