- Lain-lain
Penghidap Polio Manfaatkan Media Sosial, Tingkatkan Kesedaran
Luo Yaping sedang bekerja di kedai baik pulih perkakasan kecil miliknya di kampung Caoyuan, kaunti Qidong, Provinsi Hunan. (Foto untuk China Daily)
Seorang lelaki dari kaunti Qidong, Provinsi Hunan menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial baru-baru ini selepas memuat naik hantaran tentang pengalamannya yang hidup dalam keadaan kurang upaya di kawasan luar bandar.
Meskipun menghidap penyakit polio pada usia yang muda, Luo Yaping menjalani kehidupannya dengan sebaik mungkin di kampung Caoyuan, tempat dia berbakti untuk komuniti setempat menerusi membaik pulih perkakasan elektrik dan menjual secara dalam talian, serta meningkatkan kesedaran terhadap individu kurang upaya kepada audiens yang lebih luas.
Walaupun dia telah dianggap sebagai tiang kepada komunitinya dan juga ‘penjaga kampung’, kemunculan Luo ke dalam media sosial telah mendapat satu gelombang popular yang sangat besar.
Untuk rekod, lelaki berumur 35 tahun itu telah menggunakan platform itu untuk memperlihatkan kepada dunia luar tentang kehidupan sehariannya, serta berkongsi dan mempromosi cerita-cerita tersebut kepada orang lain.
Akaun Douyin Luo iaitu Village Guardian Old Luo – telah mendapat 48,000 pengikut dan menerima 795,000 tanda suka.
Di sebalik kejayaan terkini, Luo mempunyai kisah yang panjang.
Semasa kecil, kelumpuhan kaki akibat penyakit yang dihidapinya telah menyaksikan dia terasing. Sehingga pada satu hari, dia telah menonton satu program televisyen yang menampilkan seorang warga orang kurang upaya (OKU) yang berdikari dan menjalani kehidupan sehabis baik meskipun mempunyai kecacatan.
Terinspirasi dari kisah tersebut, Luo memujuk ibunya agar dia dapat kembali ke sekolah. Sekembalinya dia di sekolah, dia didakap oleh guru dan rakan-rakan, dan membawanya ke dalam bilik darjah serta memberikan sokongan yang tidak berbelah-bagi.
Tentunya, kesemua kebaikan itu telah menyalakan api semangatnya, dan dia berazam untuk tidak mahu menjadi beban; sebaliknya mahu menebus semula bantuan yang diterimanya dengan memberi pertolongan kepada orang lain.
Pada 2012, selepas mengikuti program latihan vokasional untuk OKU, Luo membuka kedai kecil yang membaik pulih peralatan di kampungnya. Dengan mengenakan bayaran minumun, dia menjadi figura yang dipercayai, khususnya dalam kalangan penduduk warga emas yang bergelut dengan kesunyian dan teknologi yang ketinggalan zaman.
Menurut Luo, ramai warga emas yang hidup secara bersederhana dan mereka tidak suka untuk membuang perkakasan rumah apabila ia mengalami kerosakan, sekali gus membuatkan dia berasa lebih gembira untuk membaiki perkakasan lama termasuk televisyen, dan penerima signal.
Pada 2022, setelah menerima cadangan daripada sepupunya, Luo mengambil keputusan untuk mendaftar akaun di Douyin, iaitu TikTok versi China, platform di mana dia berkongsi tentang kehidupannya.
Hantaran yang dimuat naik oleh dia segera mencuri tumpuan, dan tidak lama selepas itu ramai yang menghantar mesej kepada Luo untuk berkongsi cerita masing-masing.
Pada tahun lalu, dia telah membantu seorang wanita berusia 22 tahun yang menghidapi penyakit jantung sejak lahir dengan meraih sumbangan orang ramai sebanyak RMB30,000 (AS$4,200) untuk pembedahan yang menentukan sama ada hidup atau mati.
Luo juga memanfaatkan platform untuk menangani isu kemiskinan luar bandar. Dengan membuat penstriman langsung dari kebun tempatan, dia telah mempromosi kobis Caoyuan, menjualnya lebih 50 tan metrik setiap tahun. Bagi ramai petani, ia merupakan satu perubahan yang ketika dahulunya tuaian mendatar kepada pendapatan.
Bintang media sosial itu antara lainnya telah menggunakan statusnya yang popular untuk membantu bagi mereka yang memerlukan seperti membantu perbelanjaan kehidupan harian anak-anak yatim piatu dan menolong keluarga yang menjaga warga OKU. Hingga hari ini, Luo menganggarkan dia telah membantu sekitar 100 keluarga.
Luo yang telah berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata itu menyifatkan kejayaan dan kebahagiaannya adalah daripada sikap bersyukur dengan apa sahaja yang dimiliki.
Mengimbas kembali perjalanannya, Luo menzahirkan penghargaan terhadap kebaikan yang diterimanya ketika masih kecil.
“Saya adalah OKU, (tetapi) bukan tidak berguna. Menjadi OKU hanya membawa maksud saya akan menjadi lebih sedikit sukar untuk melaksanakan sesuatu (kerja), dan tidak bermakna saya tidak boleh membuatnya. Ia hanya memerlukan lebih masa, dan saya ada masa yang mencukupi,” ujarnya.
- Penari Berkerusi Roda Ceriakan Hari Dengan Seni
- Kafe di Xining Hargai Kelebihan OKU, Tawar Peluang Pekerjaan
- Laporan Terbaru Tekankan Usaha China Jamin Akses Budaya Golongan Cacat Penglihatan
- Sekolah Anjing Pemandu Adakan Sesi Yoga Tutup Mata
- Kisah Xi | Didorong Presiden Xi, Wanita OKU Mongolia Dalam Kini Bergelar Guru
- Usahawan dari Chongqing Bantu Permudah Komunikasi OKU Pendengaran
- CUC, UNESCO Anjur Seminar Fokus Kebolehcapaian Maklumat OKU
- “Pawagam Guangming” CUC Menang Anugerah Teladan Pengurangan Kemiskinan