- Lain-lain
Sokong Peranan Lebih Besar WTO Dalam Perdagangan Bebas - Naib Perdana Menteri China
Naib Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Ngozi Okonjo-Iweala di Geneva pada malam Ahad.
He berkata bahawa China akan terus mengambil bahagian dalam pembaharuan WTO dengan menyeluruh dan mendalam.
"China akan terus menyokong WTO untuk memainkan peranan ‘penstabil’ dalam perdagangan global, melindungi hak dan kepentingan milik semua anggota membangun bagi memberi sumbangan yang lebih besar untuk mengatasi cabaran global bersama," katanya.
He juga memperkenalkan keadaan perbincangan antara peringkat tinggi China dan Amerika Syarikat dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
Ngozi Okonjo-Iweala pula berkata, pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global kini menghadapi cabaran yang getir.
"Dengan ini, anggota WTO perlu menegakkan bersama keterbukaan dan sistem perdagangan pelbagai hala yang berasaskan peraturan, mengukuhkan dialog dan kerjasama dalam isu perdagangan antarabangsa, dan menyokong WTO memainkan peranan yang lebih besar dalam menggalakkan liberalisasi dan fasilitasi perdagangan serta pembangunan global yang mampan," katanya.
- Q1 2025: Perdagangan Asing China Meningkat 1.3 Peratus
- Xi Temu Wakil Komuniti Perniagaan Antarabangsa
- Perdagangan Luar China Kekal Mampan
- China Terus Perluas Lingkaran Rakan Dalam Perdagangan Asing
- Saling Untung Inti Pati Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan: MFA
- Dagangan Luar China Naik 5.2 Peratus 10 Bulan Pertama 2024
- China Perkukuh Dasar Bantuan untuk Pembangunan Perdagangan Luar
- Model Perniagaan inovatif: Momentum Baharu Pertumbuhan Perdagangan Asing
- Inovasi Produk: Transformasi Pintar dan Digital Perkukuh Asas Perdagangan Asing
- Keuntungan Syarikat Industri Besar China Cecah RMB5 Trilion Dari Jan Hingga Sept 2024