Mesyuarat Menteri Keempat Forum China-CELAC akan Diadakan di Beijing

(CRI)Isnin 12 Mei 2025

Mesyuarat peringkat menteri keempat Forum China-Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) akan diadakan di Beijing pada 13 Mei.

Penolong Menteri Luar China, Miao Deyu dalam sidang taklimat pada Ahad berkata, mesyuarat tersebut akan meluluskan dua dokumen iaitu Deklarasi Beijing dan Pelan Tindakan Bersama.

"Deklarasi Beijing akan menunjukkan aspirasi kedua-dua pihak China dan CELAC dalam mengejar keamanan, mewujudkan pembangunan dan mempergiat kerjasama.

"Sementara itu, Pelan Tindakan Bersama merangkumi langkah-langkah konkrit kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang inovasi sains dan teknologi, perdagangan dan pelaburan, kewangan, infrastruktur, pertanian dan makanan, industri maklumat, pembangunan tenaga, serta pembinaan bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang akan menjadi garis panduan kepada kerjasama kedua-dua pihak bagi tiga tahun akan datang," kata Miao.

Video

Berita Berkaitan