- Lain-lain
China Masuk Era 5G-A
Kebelakangan ini, semakin banyak pengguna telefon pintar di China mendapati ikon signal pada alat mereka telah berubah daripada 5G kepada 5G-A.
Apakah itu 5G-A?
Nama penuhnya 5G-Advanced, merujuk kepada versi teknologi 5G yang dinaik taraf. Dari segi kelajuan, kependaman dan bilangan sambungan, teknologi ini 10 kali ganda lebih hebat daripada 5G, maka ia efektif dalam menyokong pertumbuhan skala aplikasi 5G dan pembangunan inovasi digital.
Tidak kurang penting, 5G-A ialah satu-satu jalan dari 5G ke 6G, juga cara untuk mengumpulkan pengalaman berharga bagi perumusan piawaian dan penggunaan teknologi 6G.
Dimaklumkan, pembekal telekomunikasi China telah melancarkan jaringan ujian 5G-A di 31 provinsi, yang dijangka menyokong 50 juta pengguna.
Di Shanghai, jaringan 5G-A yang dilancarkan amat meluas, meliputi daerah-daerah perniagaan utama, jalan-jalan utama, venue penting, subway, hospital, tarikan popular, dan lain-lain.
Pakar menjelaskan bahawa kelajuan sambungan 5G-A adalah 10 kali lebih tinggi daripada 5G fasa awal. Ini bermakna teknologi terbaru ini mampu memberikan sokongan lebih baik untuk aplikasi mudah alih yang bersifat immersive seperti komunikasi holografik dan permainan awan, membolehkan pengguna menikmati pengalaman Internet yang lebih lancar.
Dengan Internet yang lebih pantas, apakah kesannya dari segi aliran data dan kos? Menurut China Mobile, ini bergantung pada saiz data yang dilayari pengguna, begitu juga muat turun dan muat naik. Penggunaan 5G-A tidak bermakna aliran data dan kos secara automatiknya meningkat.