China, AS Setuju Turun Kadar Tarif, Tubuh Mekanisme Rundingan

(CRI)Selasa 13 Mei 2025

Rundingan peringkat tinggi ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syariakt (AS) yang berlangsung di Geneva pada 10 hingga 11 Mei mencapai kemajuan yang substantif dengan persetujuan tercapai bagi menurunkan kadar tarif antara kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) dalam sidang taklimat di Beijing pada Isnin, ketika memberikan huraian mengenai Kenyataan Bersama Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS.

Menurut MOFCOM, AS memutuskan untuk membatalkan tarif tambahan sebanyak 91 peratus, manakala China juga menarik balik 91 peratus tarif balasannya.

Sementara, AS memutuskan untuk menggantung pelaksanaan 'tarif timbal balik' sebanyak 24 peratus, dan China juga mengambil langkah yang sama.

Menurut kenyataan bersama itu, kedua-dua pihak menyedari peri pentingnya hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala bagi ekonomi kedua-dua negara ini dan dunia, sementara memahami pentingnya hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala yang mampan dan saling untung untuk jangka masa panjang.

Selepas mengambil langkah berkenaan, kedua-dua pihak akan menubuhkan mekanisme perundingan mengenai hal-ehwal ekonomi dan perdagangan.

Rundingan tersebut boleh diadakan di China, AS, atau di negara ketiga yang dipersetujui oleh kedua-dua negara ini.

Video

Berita Berkaitan