- Lain-lain
Aplikasi AI Pacu Pelancongan Pintar di China
Foto dron bertarikh 3 Mei 2025 ini menunjukkan pelancong yang melawat kawasan peranginan Fuzimiao di Nanjing, provinsi Jiangsu, timur China. Orang dari serata negara China menikmati cuti Hari Pekerja dengan pelbagai cara. (Foto oleh Yang Suping/Xinhua)
Bagi kebanyakan orang, mencari maklumat pelancongan berkaitan pengangkutan, penginapan dan tempat-tempat yang wajib dilawati suatu perkara yang agak menyusahkan. Puan Liu dari Shanghai juga merasakan begitu.
“Dahulu, sebelum pergi melancong, saya terpaksa guna bermacam-macam platform untuk mencari panduan pelancongan, memilih tempat peranginan yang saya minat, dan berulang kali memastikan maklumat penerbangan dan hotel. Sangat memenatkan!”
Untuk lawatan ke Yunnan pada cuti Hari Pekerja kali ini, Liu mencuba perkhidmatan sebuah aplikasi AI. Katanya, dengan memasukkan masa perjalanan, bajet, hobi dan beberapa lagi maklumat spesifik yang diperlukan, sebuah rancangan perjalanan yang terperinci disusun oleh AI di depan matanya dalam masa beberapa minit.
“Membuat rancangan pelancongan tidak pernah semudah ini,” katanya.
Sama seperti Liu, menyusun agenda dan panduan terperinci dengan model AI yang tersedia seperti DeepSeek, Kimi, and ByteDance Doubao, sudah menjadi pilihan ramai dalam kalangan jutaan pelancong di ekonomi kedua terbesar dunia ini.
Pada masa yang sama, di platform media sosial seperti RedNote atau Xiaohongshu, kandungan yang memakai tag “panduan pelancongan DeekSeek” atau “pelancongan tersuai menggunakan AI” menjadi trend.
Banyak pemain industri yang mengambil peluang daripada trend ini, dengan semakin banyak syarikat pelancongan dan tempat peranginan yang mempercepat transformasi berorientasikan AI, memfokuskan landskap baharu pelancongan pintar.
Tahun ini, syarikat pelancongan di destinasi seperti Gunung Huangshan dan Lushan di timur China mengumumkan kerjasama dengan DeepSeek, menyediakan khidmat yang dinaiktarafkan dengan interaksi pintar dan peneman lawatan, tatkala panduan maya dan navigasi realiti terimbuh (AR) menjadikan senario penggunaan AI lebih relevan kepada industri pelancongan.
Di Xi’an yang letaknya di provinsi Shaanxi, barat laut China, destinasi komersial Grand Tang Mall telah memperkenalkan pembantu maya AI yang dinamakan “Tang Xiaobao” untuk melayan pelancong dan menyediakan perkhidmatan pelancongan.
Di dewan pameran digital Groto Mogao di Dunhuang, provinsi Gansu, pengunjung boleh memakai cermin mata VR untuk melawat groto dan melihat mural dari dekat, secara immersive.
Pelawat menggunakan peralatan realiti maya (VR) untuk mengunjungi Groto Mogao di Dunhuang, provinsi Gansu, barat laut China, 22 Julai 2024. (Xinhua/Lang Bingbing)
“Pada masa ini, integrasi pelancongan dan AI sedang memacu penstrukturan semula ekosistem perkhidmatan. Dari segi perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan menggunakan AI yang diperibadikan sedang membentuk semula cara pelancong membuat keputusan. Pada masa yang sama, di sebelah pembekalan, perubahannya lebih ketara kerana struktur rantaian nilai sektor pelancongan sedang dibina semula berikutan penggunaan AI,” jelas Zhu Keli, seorang penyelidik di Institut Ekonomi Baharu China.
Zhu percaya bahawa masa tiga hingga lima tahun akan datang adalah tempoh kritikal bagi AI untuk membentuk semula struktur industri pelancongan. Beliau turut menambah bahawa syarikat-syarikat yang terlebih dahulu membuat transformasi dan menaiktarafkan organisasi perniagaan mereka dengan menggunakan teknologi AI untuk menginovasi perkhidmatan diharap akan meraih faedah penggerak pertama dalam menentukan standard industri baharu.
- Tarikan Kedesaan di Luar Bandar China Jadi Trend Pelancong
- China Tambah Baik Dasar Bayaran Balik Cukai Perlepasan
- China Optimumkan Dasar Rebat Cukai untuk Pengembara Asing
- Xi Mahu Pembangunan AI Ke Arah Selamat, Adil dan Sihat
- Pemulangan Cukai Segera Lebarkan Sayap ‘China Travel’
- Kafe Bergerak Jadi Trend di Kawasan Luar Bandar China
- Saintis China Gunakan AI Dalam Pembenihan Tanaman, Tambah Hasil dan Varieti
- Ekspo Kelengkapan dan Elektronik Dunia 2025 Buka Tirai di Shanghai
- Evolusi Lapangan Terbang, Daripada Tempat Transit, Kini Jadi Destinasi Pelancong
- China Pergiat Program Bantuan Luar Fokuskan Bidang Digital, AI