- Lain-lain
Saintis China Gunakan AI Dalam Pembenihan Tanaman, Tambah Hasil dan Varieti
Aplet kiraan benih pintar dipamerkan semasa Forum Lembah Silikon Pertanian Nanfan dan Kongres Benih 2025 yang diadakan di Sanya, Provinsi Hainan di selatan China. (Foto/Sanya Daily)
Pembenihan pintar dilihat menjadi tumpuan ramai semasa berlangsungnya Forum Lembah Silikon Pertanian Nanfan dan Kongres Benih 2025 yang melabuhkan tirainya di Sanya, Provinsi Hainan pada Ahad setelah berlangsung selama empat hari, lapor agensi berita Global Times.
Difahamkan, ia adalah susulan daripada perbincangan yang diadakan oleh saintis China berhubung cara untuk memanfaatkan AI secara lebih baik dalam pembenihan, sekali gus menambah baik hasil dan varieti tanaman.
Chen Xiaoya, ahli akademik Akademi Sains China (CAS) dan penyelidik di Pusat Kecemerlangan CAS dalam Sains Tumbuhan Molekul, ketika mengulas lanjut tentang kemajuan terkini dalam pembenihan AI berkata bahawa pembiakan biologi telah membantu penyelidik mengenal pasti perkara utama.
Jelasnya, pembiakan biologi adalah bidang yang kompleks dan pelbagai disiplin yang memerlukan kerjasama dalam kalangan pakar dari pelbagai domain untuk memacu pembangunannya dengan berkesan.
“Sebagai contoh, dalam teknologi penyuntingan gen, penyepaduan pengetahuan daripada biologi, kimia, sains komputer dan disiplin lain adalah penting untuk menyunting gen tanaman dengan tepat dan memupuk varieti baharu dengan ciri-ciri yang dimahukan,” kata Chen.
Seorang lagi ahli akademik CAS, Qian Qian pula percaya bahawa tanaman yang mempunyai ribuan sifat agronomik perlu mengaplikasikan pengkomputeran dan algoritma untuk mendedahkan hubungan antara gen dan sifat, sekali gus menyepadukan sifat unggul.
Ahli akademik CAS, Li Jiayang juga berkongsi pandangan tentang kemajuan dan aplikasi terkini ‘pembenihan pintar’, yang telah mendapat perhatian yang meluas.
Menurutnya, konsep ‘pelbagai pintar dengan penanaman pintar’, yang mengintegrasikan bioteknologi, teknologi maklumat, dan AI untuk membangunkan varieti yang mampu bertindak balas secara autonomi kepada perubahan persekitaran dan iklim.
Kata Li, varieti pintar boleh menyesuaikan diri secara autnomi kepada perubahan persekitaran, menyesuaikan seni bina tumbuhan secara dinamik pada peringkat pembangunan yang berbeza, meningkatkan kecekapan penggunaan sumber pertanian seperti cahaya, baja dan air, meningkatkan hasil bijirin, meningkatkan rasa dan pemakanan, serta mengurangkan pergantungan pada input kimia dan mengurangkan kerugian akibat bencana alam.
Beliau menyatakan bahawa memanfaatkan bioteknologi canggih, teknologi maklumat, dan AI, bersama-sama dengan mencapai pengumpulan data kuantitatif dan analisis data pintar, boleh meningkatkan lagi kecekapan inovasi pembiakan.
Penyelidik di China National Seed Group Co, Ltd boleh mendapatkan maklumat dengan tepat mengenai penyelidikan pembiakan, pengeluaran benih dan butiran lain daripada pelbagai asas hanya dengan menggunakan satu skrin.
Melalui data yang dihantar melalui penderiaan jauh, saintis boleh mengakses analisis masa nyata kawasan tidak normal dan tahap kelembapan kanopi tumbuhan di pangkalan tersebut, yang secara tidak langsung membolehkan mereka mengambil langkah tepat pada masanya dan bersesuaian.
Lapor Xinhua lagi, Makmal Kebangsaan Yazhouwan, bersama-sama dengan Makmal Kecerdasan Buatan Shanghai dan beberapa institusi lain, telah melancarkan model bahasa besar pertama untuk industri benih, yang dinamakan ‘SeedLLM’.
Kumpulan Benih Kebangsaan China juga melancarkan ‘Sistem Kemajuan Varieti Jagung dan Ketepatan Keputusan Kedudukan, yang menganalisis kekuatan dan kelemahan varieti dengan pantas dan tepat serta mengenal pasti kawasan penanaman optimum dengan tepat.
Menurut Sanya Daily, mesin mengira benih yang dihasilkan oleh Laufer Vision, yang dikuasakan oleh model parameter telah membantu dalam memudahkan proses mengira dan pembungkusan benih tanaman.
Difahamkan, peranti itu boleh memproses enam beg berisi 1,000 biji benih tomato seminit, menjadikannya sesuai untuk pengeluaran berskala besar.
- China Bersedia Tingkatkan Kerjasama dengan Pelbagai Pihak dalam Bidang AI
- Kerjasama dengan China Bantu Afrika Wujud Pemodenan Pertanian: Presiden Madagascar
- Wartawan Mesir Kagum Lihat Mesin Perah Susu Berputar di China
- Hotan Terokai Teknologi Penting Untuk Pembiakan Pantas
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Belia di Shanghai Tanam Salad Dalam Bekas, Galakkan Pertanian Menegak
- Petani Afrika Terima Manfaat Projek Halaman Belakang Teknologi Sains China
- Qinglong Aktif Bangunkan Industri Buah Berangan China
- Ekonomi Pertanian, Luar Bandar 2024 China Rekod Peningkatan Stabil
- Sidang Kemuncak Tindakan AI Buka Tirai di Paris
- Ekspo Kelengkapan dan Elektronik Dunia 2025 Buka Tirai di Shanghai
- China Bertindak Pantas Tambah Baik Tadbir Urus Global Berdasarkan Penggunaan AI
- AI Ubah Landskap Pembelajaran, Galakkan Pendekatan Inovatif
- China, Laos Bina Pusat Kerjasama Inovasi AI
- Sensasi Terkini AI Jadi Topik Perbualan di Merata Tempat di China
- Kerajaan Tempatan Guna DeepSeek, Kenal Pasti Risiko Isi Rumah Berkemungkinan Kembali Menjadi Miskin
- China Maju dalam Pasaran Produk AI untuk Kegunaan Binatang Kesayangan
- China Berusaha Membangunkan Robot Pintar
- AI Tawar Pengalaman Melancong Dengan Lebih Pintar
- China Pergiat Program Bantuan Luar Fokuskan Bidang Digital, AI