China, Laos Bina Pusat Kerjasama Inovasi AI

(CRI)Rabu 26 Februari 2025

China dan Laos menandatangani perjanjian mengenai pembinaan pusat kerjasama inovasi kecerdasan buatan (AI) di Vientiane, pada Ahad.

Majlis pemeteraian perjanjian berkenaan disaksikan oleh Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Chen Gang bersama Menteri Teknologi dan Komunikasi Laos, Boviengkham Vongdara.

Difahamkan, pusat itu merupakan platform kerjasama AI yang pertama antara China dengan negara ASEAN.

Ia menyasar untuk meningkatkan keupayaan Laos secara sistematik dalam era AI, sekali gus memperkasakan pembangunan pelbagai sektor di negara itu.

Guangxi komited terus berkolaborasi dengan negara ASEAN untuk membina pusat inovasi AI seumpama, membantu negara terbabit membangunkan model AI berdaulat, di samping mempergiat kerjasama dalam bidang seperti data rentas sempadan, latihan bakat dan lain-lain.

Inisiatif berkenaan akan memajukan inovasi dalam pengaplikasian teknologi AI, menyokong pewarisan bahasa dan budaya negara ASEAN menerusi pendigitalan serta mewujudkan pembangunan AI demi kebaikan dan kesejahteraan manusia.

Video

Berita Berkaitan