- Lain-lain
Xi Ucapkan Tahniah kepada Sidang Kemuncak Liga Arab ke-34
![]() |
Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada pengerusi bergilir Majlis Liga Arab ke-34 yang juga Presiden Iraq, Abdul Latif Rashid pada Sabtu untuk mengucapkan tahniah kepada sidang kemuncak yang berlangsung di Baghdad itu.
Xi berkata bahawa beliau dan pemimpin negara-negara Arab bersetuju dengan sepakat untuk berusaha membina komuniti berkongsi nasib China-Arab bagi era baharu pada Sidang Kemuncak China-Negara Arab pertama pada Disember 2022, dan beliau yakin bahawa sidang kemuncak kedua yang akan diadakan di China pada 2026 akan menjadi satu lagi mercu tanda penting dalam sejarah hubungan China-Arab.
Xi menekankan bahawa China dan negara-negara Arab selama ini melihat hubungan dua hala dari perspektif strategik dan jangka panjang. Untuk masa depan, China akan terus menjadi sahabat dan rakan kongsi dunia Arab yang boleh dipercayai, dan teguh menyokong keadilan yang diperjuangkan negara-negara Arab.
Xi berkata, China bersedia bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, menggalakkan kerjasama saling menguntungkan, meningkatkan pertukaran sosiobudaya, berusaha maju bersama demi pemodenan masing-masing, serta membina komuniti berkongsi nasib China-Arab yang lebih holistik.
- Sidang Kemuncak Arab-Islam Lulus Resolusi Mengenai Isu Palestin
- Xi Utus Tahniah Sidang Kemuncak Liga Arab
- Delegasi AIPU Melawat Syria
- Laksanakan Hasil Sidang Kemuncak China-Arab demi Pembangunan Bersama
- Xi Mahu China, Arab Rapatkan Interaksi Kalangan Rakyat
- Lapan Tindakan Bersama Perkasakan Kerjasama China, Arab
- Lawatan Xi Berhasil dan Signifikan: Wang Yi
- Xi Akhiri Lawatan di Arab Saudi dan Pulang ke China
- Semoga Piala Dunia Qatar Berjaya dan Cemerlang: Xi
- China akan Terus Beri Sokongan kepada Pembangunan Seluma Iraq: Xi