China Eastern Perkenal Laluan Baharu Guna Pesawat C919

(CRI)Isnin 19 Mei 2025

Pesawat besar buatan China C919 yang dihiasi tulisan "Shining Red China" dan logo CCTV News berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao, Shanghai pada pukul 9.28 pagi, dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Bao'an, Shenzhen pada pukul 11.31 pagi Ahad.

Menurut syarikat penerbangan China Eastern, penerbangan sulung C919 bagi laluan tersebut sebagai simbolik laluan komersial baharu C919 dalam rangkaian perkhidmatannya.

Untuk rekod, penerbangan MU5351/MU5360 akan beroperasi sehari sekali antara Hongqiao, Shanghai dan Shenzhen bermula 19 Mei ini.

Video

Berita Berkaitan