- Lain-lain
Konvensyen Pertubuhan Antarabangsa untuk Pengantaraan Berkuatkuasa di Hong Kong
Majlis penandatanganan Konvensyen Pertubuhan Antarabangsa untuk Pengantaraan telah diadakan di sini pagi tadi.
Seterusnya pada petang hari ini, Forum Pengantaraan Antarabangsa juga akan diadakan untuk membincangkan topik "pengantaraan pertikaian sesama negara" dan "pengantaraan pertikaian pelaburan dan perdagangan antarabangsa."
Turut hadir, Menteri Luar China Wang Yi, wakil peringkat tinggi, bekas pemimpin terkemuka dan pakar antarabangsa yang terkenal dari lebih 60 buah negara di Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah serta hampir 20 buah institusi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Untuk rekod, China dan hampir 20 buah negara yang berkongsi pandangan yang hampir sama telah mencetuskan inisiatif tentang penubuhan satu pertubuhan antarabangsa untuk pengantaraan seawal tahun 2022. Melalui usaha bersama, rundingan mengenai Konvensyen Pertubuhan Antarabangsa untuk Pengantaraan telah diselesaikan, dan semua pihak yang terbabit bersetuju untuk menetapkan ibu pejabat pertubuhan itu di Hong Kong, China.
Sebagai organisasi undang-undang antara kerajaan yang pertama di dunia yang berfokus dalam pengantaraaan pertikaian antarabangsa, ia juga dilihat sebagai satu mekanisme penting untuk mempertahankan prinsip dan manifesto yang termaktub dalam Piagam PBB.
- Peranan PBB Perlu Diperkasakan, Tidak Boleh Dibiarkan Lemah
- China Beri Sokongan Penuh Kepada PBB
- Setiausaha Agung PBB Seru Dunia Bekerjasama Wujudkan Permulaan Baharu
- Wang Yi Terima Kunjungan Presiden Perhimpunan Agung PBB
- Presiden Perhimpunan Agung PBB Philémon Yang Melawat China
- China Sokong Usaha Martabatkan Peranan PBB
- Wang Yi Hadir Sidang Kemuncak Masa Depan PBB
- Sidang Kemuncak Masa Depan PBB Buka Tirai
- Wang Yi akan Hadir Sidang Kemuncak Masa Depan PBB
- China Seru Pulihkan Bekalan Dana kepada UNRWA